Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia, Bangladesh bekerjasama melalui ASEAN mengenai isu Rohingya – PM Anwar
  • SEMASA

Malaysia, Bangladesh bekerjasama melalui ASEAN mengenai isu Rohingya – PM Anwar

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman ketika sidang media selepas menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia dan Bangladesh akan memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme ASEAN dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis pelarian Rohingya, termasuk melibatkan pihak berkuasa Myanmar bagi menangani isu berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua negara akan bekerjasama melalui saluran diplomatik di peringkat menteri luar serta platform ASEAN dengan melibatkan menteri luar masing-masing dan pihak berkuasa Myanmar bagi membantu menyelesaikan sebahagian daripada isu berkaitan.

“Kedua-dua negara berkongsi komitmen yang kukuh untuk menyelesaikan nasib pelarian Rohingya yang kini menetap di Bangladesh dan Malaysia,” kata Anwar pada sidang media bersama Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman, di sini hari ini.

Sementara itu, Tarique menyatakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan dihadapi masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh, serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan.

Beliau berkata Bangladesh berharap dapat mempertingkatkan lagi kerjasama serantau yang lebih rapat melibatkan beberapa isu.

“Saya menyatakan kebimbangan terhadap masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan Tarique mengadakan perbincangan dua hala bagi menilai perkembangan hubungan Malaysia-Bangladesh serta meneroka peluang memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, semikonduktor, tenaga, pertanian dan pendidikan.

Kedua-dua pemimpin itu turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Kebudayaan, serta dua pertukaran nota (EoN) berkaitan penyelidikan antikeganasan dan promosi serta pemudahcaraan pelaburan.

Tarique, yang tiba di sini malam tadi, bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Anwar, yang juga lawatan rasmi dua hala pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.

Pada 2025, jumlah perdagangan Malaysia dan Bangladesh mencecah RM12.18 bilion (AS$2.84 bilion), dengan eksport Malaysia ke negara itu bernilai RM10.08 bilion (AS$2.35 bilion), didominasi produk petroleum.

Import dari Bangladesh pula berjumlah RM2.10 bilion (AS$500 juta), membabitkan tekstil, pakaian dan kasut.

Bangladesh merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global, selain rakan dagang kedua terbesar negara di rantau Asia Selatan selepas India, termasuk sebagai destinasi eksport dan sumber import utama.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan yakin Sarawak mampu urus Pelabuhan Bintulu – PM
Next: Arkib bukti penting pertahan hak Sarawak dalam MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.