Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi
  • SEMASA

Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMENTERIAN Luar Malaysia menyelaras bantuan penerbangan dan kebajikan bagi jemaah Malaysia yang terkandas di Arab Saudi. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar melakukan penyelarasan dengan syarikat penerbangan dan pihak diplomatik untuk membantu jemaah Malaysia yang terjejas akibat pembatalan penerbangan di Arab Saudi berikutan gangguan ruang udara serantau yang semakin meluas. 

Wisma Putra memaklumkan sebilangan besar jemaah haji Malaysia, serta sekumpulan pelajar transit, mengalami kelewatan perjalanan akibat penggantungan penerbangan komersial tertentu, walaupun situasi keselamatan dan ruang udara di Arab Saudi secara keseluruhannya kekal stabil dan beroperasi.

“Semua individu selamat,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan nasihat yang dikeluarkan pada Isnin, sambil menambah bahawa kementerian itu telah memulakan penglibatan peringkat tinggi dengan syarikat penerbangan komersial untuk melancarkan semula urusan perjalanan pulang.

Pada masa sama, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah bekerjasama rapat dengan Tabung Haji serta agensi pelancongan Umrah dan Haji untuk memastikan penginapan, makanan dan sokongan kebajikan berterusan buat jemaah yang terjejas, menurut kenyataan itu.

“Konsulat turut menyelaraskan pengaturan sementara dan membantu pelajar transit mengikut keperluan,” menurut Wisma Putra.

Selain itu, rakyat Malaysia dinasihati untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Nasihat perjalanan rasmi untuk negara-negara berkenaan yang dikeluarkan semalam, kekal berkuat kuasa sehingga notis selanjutnya.

Wisma Putra memaklumkan di negara lain yang terjejas, termasuk UAE, Bahrain, Oman, Qatar, Kuwait, Jordan, Syria dan Cyprus, keadaan keselamatan keseluruhan kekal stabil walaupun terdapat insiden keselamatan udara terpencil di kawasan tertentu.

“Tiada rakyat Malaysia yang cedera, dan semua warganegara yang dihubungi selamat. Pihak misi Malaysia terus memberikan bantuan konsular, khususnya berkaitan penginapan sementara dan penyelarasan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, menurut Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Baku, Azerbaijan telah meningkatkan pemantauannya sambil menunggu kemungkinan penyelarasan penerbangan yang dikaitkan dengan perkembangan ruang udara serantau sejak semalam.

“Walaupun ruang udara negara tersebut terus beroperasi seperti biasa dan keadaan keselamatan keseluruhan kekal stabil, pihak kedutaan telah mengeluarkan panduan perjalanan berjaga-jaga yang menasihati rakyat Malaysia agar menyemak semula pelan perjalanan dengan teliti dan terus berhubung dengan syarikat penerbangan masing-masing,” katanya.  

Sebagai langkah berjaga-jaga yang dinasihatkan oleh kerajaan tuan rumah, beberapa perwakilan diplomatik Malaysia di rantau berkenaan kini melaksanakan pengaturan kerja jarak jauh.

“Semua perkhidmatan konsular kekal beroperasi, dan bantuan kepada rakyat Malaysia diteruskan tanpa gangguan,” menurut Wisma Putra.

Wisma Putra memaklumkan bilik gerakan kementerian di Putrajaya aktif beroperasi dan terus berfungsi sebagai pusat penyelarasan untuk semua usaha konsular.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas sangat digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka menerusi e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan bantuan tepat pada masanya.

Untuk bantuan konsular kecemasan, rakyat Malaysia yang tidak dapat menghubungi perwakilan Malaysia boleh menghubungi terus bilik gerakan kementerian di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel di dutyofficer@kln.gov.my. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mesyuarat Pra-Majlis MTPMA63 selaras isu teknikal, perundangan MA63
Next: Penerbangan pulang Jojo Ghazali sekeluarga dari Makkah dalam masa terdekat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.