Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia akan terus berhubung dengan Kemboja dan Thailand, cadang proses damai
  • NASIONAL

Malaysia akan terus berhubung dengan Kemboja dan Thailand, cadang proses damai

Utusan Sarawak 23 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia akan terus berhubung dengan pemimpin Kemboja dan Thailand bagi mencadangkan proses damai susulan konflik sempadan membabitkan kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai telah merakamkan penghargaan kepada beliau atas ikhtiar mencadangkan proses damai dan gencatan senjata dalam konflik terbabit.

“Ada tembak-menembak lagi (di sempadan Thailand dan Kemboja). Jadi, saya terus minta Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan hubungi Kementerian Luar dan kalau boleh saya akan terus hubungi mereka (pemimpin dua negara) sekurang-kurangnya hentikan dulu (pertempuran di sempadan),” kata beliau.

PELARIAN yang dipindahkan akibat konflik berterusan antara Thailand dan Kemboja berehat di pusat pemindahan sementara di dalam sebuah kuil Buddha di wilayah sempadan Thailand Si Sa Ket pada 26 Julai 2025. Angka kematian di Kemboja akibat pertempuran dengan Thailand meningkat kepada 13 orang, kata kementerian pertahanan Phnom Penh pada 26 Julai, dengan lebih 00 orang telah melarikan diri ke rumah mereka. Foto AFP

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Semalam, Anwar berkata kerajaan Malaysia tidak memandang ringan konflik yang sedang berlaku antara Thailand dengan Kemboja serta kesannya terhadap negara ini.

Bernama melaporkan Perdana Menteri menyambut baik isyarat positif serta kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan pelaksanaan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk di sempadan kedua-dua negara.

Media sebelum ini melaporkan bahawa tentera Thailand dan Kemboja bertempur pada Khamis lepas di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuding jari mengenai pihak yang dianggap sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.

Ketegangan antara kedua-dua negara Asia Tenggara berkenaan meningkat sejak 28 Mei susulan insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.

Kedua-dua negara telah berselisih pendapat mengenai isu sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad, dan pertikaian ini terus menjejaskan hubungan diplomatik mereka. — Bernama

Continue Reading

Previous: Hormat institusi Raja Berperlembagaan asas penting pembinaan negara bangsa – Tun Ramli
Next: Tiada sebarang permohonan bantuan SARA RM100, rakyat diminta waspada penipuan – Lim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.