Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia Airlines terbang semula ke Jeddah, Madinah pada 4 hingga 8 Mac, Doha masih digantung
  • NASIONAL

Malaysia Airlines terbang semula ke Jeddah, Madinah pada 4 hingga 8 Mac, Doha masih digantung

Utusan Sarawak 5 hours ago
Malaysia Airlines menyambung semula penerbangan ke Jeddah dan Madinah secara sementara dari 4 hingga 8 Mac 2026 susulan penilaian keselamatan ruang udara di Asia Barat.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah (JED) serta Madinah (MED) buat sementara waktu pada 4 hingga 8 Mac 2026, berikutan penggantungan perkhidmatan yang dimulakan sejak 28 Februari 2026 selepas penutupan ruang udara di beberapa kawasan di Asia Barat.

Bagaimanapun, perkhidmatan ke Doha (DOH) akan kekal digantung sehingga 7 Mac 2026 memandangkan syarikat penerbangan itu sedang menilai keadaan keselamatan, kata Malaysia Aviation Group (MAG) melalui satu kenyataan hari ini.

Semua penerbangan lain, termasuk perkhidmatan ke London (LHR) dan Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle (CDG) kekal mengikut jadual, beroperasi pada laluan alternatif jauh dari zon konflik yang terjejas.

“Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif jika perlu.

“Penumpang dinasihatkan untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui ‘My Booking’ bagi perkembangan terbaharu,” kata MAG.

Bantuan juga boleh didapati melalui Sembang Langsung di laman web atau hubungi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines pada 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia). 

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal adalah keutamaan kami,” kata kumpulan itu.

MAG berkata dengan penyambungan semula penerbangan, Malaysia Airlines terus mengambil langkah proaktif untuk melindungi operasi termasuk menggunakan laluan penerbangan alternatif bagi mengelak kawasan terjejas; mengekalkan koordinasi rapat dengan pihak berkuasa penerbangan dan rakan kongsi lapangan terbang; mengukuhkan keselamatan dalam penerbangan serta prosedur operasi; memastikan penumpang dimaklumkan dengan kemas kini selain memberikan sokongan tepat pada masanya.

“Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan dengan teliti termasuk mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai.- Bernama

Continue Reading

Previous: 1,600 Jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi susulan gangguan penerbangan
Next: Soutul Fitrah muncul johan Pertandingan Nasyid Gema Nurani RISDA 2026, harumkan nama Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.