Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia Airlines lanjutkan penggantungan perkhidmatan laluan Doha sehingga 20 Mac ini
  • SEMASA

Malaysia Airlines lanjutkan penggantungan perkhidmatan laluan Doha sehingga 20 Mac ini

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan sementara perkhidmatan bagi laluan Doha sehingga 20 Mac, 2026 susulan perkembangan berterusan melibatkan persekitaran keselamatan di negara terbabit.

Sebelum ini, perkhidmatan bagi laluan Doha digantung bermula 28 Februari lalu berikutan penutupan ruang udara yang menjejaskan negara itu akibat konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.

Syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan syarikat penerbangan itu terus memantau rapat situasi tersebut melalui penilaian risiko berterusan serta Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang berkaitan sebelum menyambung kembali operasi.

“Syarikat penerbangan itu juga meningkatkan kapasiti pesawat berbadan lebar antara Asia dan Eropah untuk menyokong perjalanan seterusnya serta menyatukan semula ahli keluarga, dengan penerbangan beroperasi melalui laluan alternatif yang dirancang dengan teliti bagi mengelakkan kawasan yang terjejas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, semua perkhidmatan lain oleh syarikat penerbangan negara tersebut, termasuk laluan Jeddah, Madinah, London dan Paris, terus beroperasi seperti yang dijadualkan.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan tertinggi kami,” tambah MAG.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kos tiang bendera Ibu Pertiwi tidak wajar dibandingkan dengan Selangor
Next: Kos projek Dataran Ibu Pertiwi termasuk struktur sekitar, bukan hanya tiang bendera 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.