Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Malawi guna kontraseptif, kawal populasi singa
  • GLOBAL

Malawi guna kontraseptif, kawal populasi singa

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

LILONGWE, Malawi: Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Malawi (DNPW) dengan kerjasama African Parks, sebuah pertubuhan pemuliharaan bukan berasaskan keuntungan melaksanakan langkah mengawal peningkatan populasi singa di dua kawasan perlindungan hidupan liar negara dengan memberikan kontraseptif kepada singa yang berada pada peringkat reproduktif.

Inisiatif itu mula dilaksanakan di Rizab Hidupan Liar Majete, yang terletak kira-kira 70 kilometer di selatan bandar perdagangan Blantyre.

Pengarah DNPW Brighton Kumchedwa, berkata dalam temu bual telefon bersama Xinhua pada Jumaat bahawa populasi singa di Majete dan Liwonde meningkat dengan ketara hingga melebihi kapasiti kawasan perlindungan berkenaan.

“Banyak singa terlepas ke kawasan penempatan berhampiran. Keadaan ini menjejaskan keseimbangan biodiversiti, termasuk penurunan populasi antelop akibat peningkatan pemangsa. Penggunaan kontraseptif ini merupakan langkah sementara bagi mengawal lonjakan populasi,” katanya.

Beliau menjelaskan kesan kontraseptif itu dijangka bertahan selama kira-kira lima tahun sebelum sistem pembiakan singa kembali aktif, manakala penyelesaian jangka panjang sedang dikaji bagi memastikan pengurusan populasi yang mampan.

Malawi sebelum ini merekodkan pelbagai kes konflik antara manusia dan hidupan liar seperti kuda nil, buaya, kerbau dan dubuk, yang mengakibatkan 19 kematian serta mencederakan beberapa individu lain antara Januari dan Oktober 2025.

-BERNAMA-XINHUA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.3 magnitud landa Nusa Tenggara Timur, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.