Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Malam terakhir karoling Mukah semarakkan persiapan musim Adven
  • Tengah
  • WILAYAH

Malam terakhir karoling Mukah semarakkan persiapan musim Adven

Utusan Sarawak 22 hours ago
 MERIAH… Sekitar Program karoling sempena musim Adven anjuran Mukah Catholic Youth Apostolate (MCYA) yang melabuhkan tirainya pada 4 Disember 2025 lepas.

MUKAH: Program karoling sempena musim Adven anjuran Mukah Catholic Youth Apostolate (MCYA) melabuhkan tirainya pada 4 Disember 2025 selepas berlangsung selama lima malam di sekitar kawasan ini.

Aktiviti tersebut yang bermula pada 30 November lalu merangkumi beberapa kawasan perumahan termasuk Bandar Mukah, Kampung Judan, Bedanga Ulu serta Pangkalan Feri Lama.

Menurut Timbalan Pengerusi II MCYA, Corina Raymund, program itu melibatkan tiga kumpulan utama iaitu St. Gabriel, St. Gregory dan St. Augustine, yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan belia.

Beliau berkata setiap kumpulan memulakan perjalanan pada 6.30 petang dari Dewan Katolik Mukah sebelum mengunjungi lebih 100 rumah termasuk premis perniagaan di bandar ini bagi mewakili Gereja St. Peter & Paul.

“Karoling merupakan tradisi gereja Katolik setiap kali memasuki musim Adven untuk membawa khabar gembira tentang kelahiran Yesus Kristus yang akan disambut pada 25 Disember nanti,” katanya.

Jelasnya, sambutan masyarakat sepanjang lima malam program berkenaan sangat menggalakkan dan memberikan peluang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam pelayanan gereja.

Selesai program peringkat bandar, wakil setiap chapel pula akan meneruskan aktiviti karoling di kawasan kampung masing-masing.

Continue Reading

Previous: Sekolah ruang bentuk nilai kasih dan empati – Doris  
Next: RM650,000 laksana tiga projek RTP di DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.