Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Malam Mantar Gawai Dayak Sibu janjikan malam pengalaman budaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Malam Mantar Gawai Dayak Sibu janjikan malam pengalaman budaya

Utusan Sarawak 2 months ago
Angelyn Uchi Maseng serta ahli Jawatankuasa Pengelola Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2025 merakam gambar selepas mesyuarat majlis tersebut, baru-baru ini.

SIBU: Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2025 yang diadakan di Hotel Kingwood di sini pada 24 Mei depan bakal memeriahkan serta meningkatkan semangat Gawai Dayak.

Dengan tema ‘Beserakup Kitai Mansang, Begempung Kitai Senang Segulai Sejalai,’ acara gilang-gemilang ini merupakan hasil kerjasama antara Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA).

Program tersebut, yang menjanjikan malam yang penuh dengan pengalaman budaya serta kemeriahan perayaan, bakal dihadiri oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Dato Sri John Sikie Tayai selaku tetamu kehormat.

Kehadiran beliau mencerminkan kepentingan acara ini dalam usaha memelihara serta mempromosikan warisan budaya Dayak.

Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2025 menerima sambutan luar biasa oleh orang ramai, dengan 143 meja habis dijual, mencerminkan semangat serta sokongan padu masyarakat terhadap perayaan budaya ini.

Para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan memukau daripada Marina Jara yang akan mendendangkan lagu-lagu merdu, Dunstant Piyet dengan persembahan bertenaga serta Borneo Beat yang akan menghidupkan suasana dengan rentak muzik yang mengasyikkan.

Kemuncak acara ini pastinya Pekit Kumang Gawai Dayak Sibu 2025, pertandingan yang akan menyaksikan wanita-wanita muda berbakat mempersembahkan kecantikan, keanggunan serta pengetahuan budaya dalam satu pertandingan penuh semangat.

“Kami sangat teruja untuk menghimpunkan masyarakat Dayak dalam perayaan istimewa ini.

“Malam Mantar Gawai Dayak 2025 adalah bukti komitmen kami dalam memelihara warisan budaya yang kaya dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat Dayak,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2025, Angelyn Uchi Maseng.

Acara ini akan menjadi platform bagi para hadirin untuk menyambut Gawai Dayak dalam suasana yang penuh tradisi dan kemeriahan, sekali gus mengeratkan hubungan serta membangkitkan rasa bangga terhadap warisan budaya masing-masing.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 120 asnaf dan golongan kurang berkemampuan terima sumbangan
Next: Banjir di Jambatan Durin kejadian luar biasa – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.