Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Malam Gawai Iban, Gawai Bazar MJC 2025 disambut meriah
  • TEMPATAN

Malam Gawai Iban, Gawai Bazar MJC 2025 disambut meriah

Utusan Sarawak 17 hours ago
SIMBOLIK.. Datuk Gerald Rentap Jabu merasmikan Malam Gawai Iban, Gawai Bazar 2025 di pekarangan MJC Batu Kawa malam ini. Foto: Norman B

KUCHING: Sambutan Malam Gawai Iban, Gawai Bazar MJC 2025 berlangsung meriah malam ini dengan tema “Segulai Sejalai”, mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, dimulakan dengan upacara miring yang dijalankan penuh adat istiadat masyarakat Iban, sebagai lambang kesyukuran dan permohonan restu kepada semangat leluhur.

Dalam ucapannya, Gerald menggesa agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan Iban saling bekerjasama dalam memperkukuhkan adat dan budaya Iban.

“Kita mesti saling menyokong demi memartabatkan warisan budaya kita, dan program seperti ini sangat penting dalam menyemai perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada masyarakat Orang Ulu kerana menjadi hos untuk acara Niti Daun sempena Gawai tahun ini, satu penghormatan yang mengangkat kekayaan budaya komuniti tersebut.

Majlis ini membuktikan bahawa semangat “Segulai Sejalai” terus hidup dan menjadi asas kepada keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

ANTARA kraf tangan yang dijual di Bazar Gawai 2025 di MJC Batu Kawa malam ini. Foto: Norman B

Gawai Bazar MJC 2025 turut menampilkan pelbagai jualan barangan etnik seperti kraf tangan manik, pakaian tradisional, makanan warisan pelbagai etnik Borneo, serta pelbagai lagi hasil kraf tangan tempatan yang menarik minat pengunjung dari pelbagai latar belakang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan ngajat ngalu temuai yang memukau, menambahkan lagi kemeriahan suasana sambutan.

Tidak ketinggalan, cabutan bertuah turut diadakan sebagai penghargaan kepada para pengunjung.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Wilfred Yap cadang larang jual beli tembaga sekerap di Sarawak
Next: Pengiktirafan petugas Gawai: JPJ Sarawak perkukuh sokongan kerajaan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.