Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malam Gala AIFFA 2025 raikan karya filem 11 negara ASEAN
  • SEMASA

Malam Gala AIFFA 2025 raikan karya filem 11 negara ASEAN

Utusan Sarawak 11 hours ago
Premier Sarawak hadir menyempurnakan penyampaian Anugerah Inspirasi ASEAN kepada Simon Yam.

KUCHING: Malam Gala ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) 2025 menyaksikan himpunan penggiat industri perfileman dari 11 negara ASEAN yang hadir bagi meraikan karya dan pencapaian kreatif serantau di sini, malam tadi.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, AIFFA yang kini memasuki edisi ketujuh telah berkembang sebagai platform penting dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN serta mengangkat suara dan identiti sinema Asia Tenggara. 

“Festival yang bermula pada 2013 ini bukan sekadar acara hiburan, sebaliknya menjadi simbol kesatuan rantau dan pengiktirafan terhadap industri bernilai trilion yang membentuk pemikiran serta budaya masyarakat. 

“Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan terus memperkukuh ekosistem kreatif menerusi pelaburan dalam latihan, pendidikan dan pembangunan infrastruktur termasuk pembukaan Pusat Seni Persembahan Sarawak yang bakal menjadi pusat melahirkan bakat baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video ucapannya yang ditayangkan ketika Malam Gala (AIFFA) 2025, di sebuah hotel terkemuka, semalam.

Pada majlis berkenaan, Abang Johari turut menzahirkan penghargaan terhadap kehadiran bintang antarabangsa, aktor Hong Kong Simon Yam dan pengarah tersohor Filipina, Lav Diaz, yang disifatkan sebagai gambaran bahawa seni perfileman tidak mengenal sempadan. 

Premier turut mengimbas kembali ilham penganjuran AIFFA yang tercetus selepas lawatan kerja ke India pada 2012, sebelum disokong di peringkat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN dan seterusnya memilih Kuching sebagai tuan rumah sebanyak enam kali. 

“Tahun ini, AIFFA menerima 200 penyertaan, tertinggi sejak festival itu diperkenalkan. 

“Festival tahun ini juga memperkenalkan dua kategori baharu iaitu filem pendek universiti ASEAN bertemakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta dokumentari Borneo, sebagai usaha menonjolkan karya kreatif generasi muda dan pembikin filem tempatan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa Sarawak akan melancarkan syarikat penerbangan baharu, AirBorneo, menjelang penganjuran AIFFA seterusnya bagi meningkatkan kesalinghubungan negeri dengan rantau ini. 

Premier menegaskan bahawa AIFFA perlu terus menjadi landasan memperkukuh hubungan ASEAN melalui penceritaan, kreativiti dan kerjasama serantau. 

Oleh Masrin Affirah & Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Garis panduan komprehensif dibentuk lindungi kanak-kanak tanpa warganegara – TPM Fadillah
Next: Dato Jimmy Tie adakan kunjungan rasmi ke Incheon Marine Sky

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.