Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Malacanang sambut baik persidangan penahanan Duterte
  • GLOBAL

Malacanang sambut baik persidangan penahanan Duterte

Utusan Sarawak 2 months ago
PEGAWAI Filipina menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menangkap bekas presiden, Rodrigo Duterte di Senat di Pasay, Manila baru-baru ini. Foto AFP

MANILA: Malacanang menyatakan penghargaan kepada Senat Filipina kerana mengadakan sidang mengenai penahanan bekas presiden Rodrigo Duterte, dengan menyatakan bahawa ia membantu menjelaskan isu-isu perundangan utama kepada orang ramai.

“Pertama sekali, kami berterima kasih kerana sidang Senat telah diadakan mengenai isu ini. Orang ramai kini mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku,” kata Pegawai Akhbar Istana yang juga Timbalan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden, Claire Castro, seperti dipetik oleh Agensi Berita Filipina (PNA) dalam sidang media hari ini.

Siasatan Senat yang diketuai Senator Imee Marcos itu diadakan bagi menjelaskan peranan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan pelbagai agensi Filipina yang terlibat dalam penahanan Duterte.

Sidang itu turut bertujuan memastikan hak Duterte yang dilindungi di bawah undang-undang Filipina dan perjanjian antarabangsa dipatuhi sepanjang proses berkenaan.

Ia juga meneliti bagaimana pihak berkuasa Filipina berkoordinasi dengan badan penguat kuasa antarabangsa.

Duterte berdepan waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan kempen antidadahnya ketika memegang jawatan Datuk Bandar Davao City dan seterusnya sebagai Presiden Filipina dari 1 November 2011 hingga 16 Mac 2019.

Beliau tiba di The Hague pada 12 Mac dan telah dipindahkan ke Pusat Tahanan ICC di Scheveningen.

ICC telah menetapkan sidang pada 23 September bagi mengesahkan pertuduhan terhadap bekas presiden itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Enam jemaah umrah Indonesia maut kemalangan
Next: 2 juruterbang Korea Selatan digantung tugas setahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.