Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Maklumat tepat percepat pelaksanaan pembangunan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Maklumat tepat percepat pelaksanaan pembangunan komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien bergambar bersama penduduk Rh Selunsin. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

PAKAN: Komunikasi yang berkesan antara pemimpin masyarakat dan wakil rakyat mampu mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan yang diperlukan rakyat.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, hubungan erat antara tuai rumah, pemimpin masyarakat dan wakil rakyat perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan setiap keperluan serta agenda pembangunan komuniti dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Katanya, kerjasama yang baik antara pemimpin akar umbi dan wakil rakyat memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat yang tepat berkaitan keperluan masyarakat dapat disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Wakil rakyat memerlukan maklumat yang tepat daripada tuai rumah dan pemimpin masyarakat untuk memahami apa yang sebenarnya diperlukan oleh rakyat.

“Tanpa maklumat dan permintaan daripada pemimpin masyarakat, sukar bagi pihak berkuasa untuk mempertimbangkan dan melaksanakan projek pembangunan yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa meneruskan program Ngabang Gawai Dayak 2026 di kawasan Julau dan Pakan, baru-baru ini.

Pada masa sama, Larry mengingatkan masyarakat supaya tidak cepat membuat tanggapan bahawa wakil rakyat tidak berminat terhadap pembangunan kawasan mereka.

Katanya, pembangunan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab menyampaikan hasrat dan aspirasi penduduk kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Semangat kerjasama, persefahaman dan perkongsian tanggungjawab merupakan asas penting dalam memperkukuhkan pembangunan masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sepanjang program Ngabang Gawai tersebut, Larry berpeluang melawat empat rumah panjang iaitu Rumah (Rh) Andi di Lubuk Besai, Rh Rinya di Jagoi, Rh Selunsin di Sungai Maram dan Rh Walter Ahap di Lempa Antu untuk bertemu serta berinteraksi dengan penduduk.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah keseluruhan RM84,500 kepada beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Biro Wanita bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti setempat.

Antara penerima sumbangan tersebut ialah JKKK Rh Andi Lubuk Besai, Biro Wanita Rh Andi, Biro Wanita Rh Sinong, JKKK Rh Rinya, Biro Wanita Rh Rinya, JKKK Rh Selunsin Sungai Maram, JKKK Rh Walter Ahap, Biro Wanita Rh Walter dan Biro Wanita Rh Berayun Tugong.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan luar bandar dipantau secara berterusan
Next: Status tidak selamat, asrama puteriĀ SMK Dalat masih didiami

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.