KUCHING, 8 Oktober: Kira-kira 100 pengamal media menghadiri majlis makan malam bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, di sini, malam ini.
Majlis berlangsung dalam suasana santai dengan pengamal media dan tetamu yang hadir menikmati hidangan makan malam serta beramah mesra.

Dr Sim turut meluangkan masa bertemu dan bergambar bersama pengamal media sepanjang majlis berkenaan.
Makan malam itu turut menjadi kesempatan untuk pengamal media daripada pelbagai organisasi berkumpul dan bertukar cerita di luar tugasan rasmi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang dan tetamu kehormat lain.
Oleh Masrin Affirah



