Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Mak Ak Kit kongsi hasil tani semasa
  • STAIL

Mak Ak Kit kongsi hasil tani semasa

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA…Sebastian memeriksa sayur-sayaran di kebun Mak Ak Kit

MIRI : Golongan petani antara yang terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dikuatkuasakan, apabila hasil pertanian sayur-sayuran tidak dapat dipasarkan sehingga berlaku lambakan.

Akibatnya ramai petani terpaksa  menanggung kerugian  apabila hasil pertanian kurang mendapat permintaan daripada pemborong, peniaga dan pembeli.

Oleh sebab itu, ada segelintir  petani kini mengambil inisiatif untuk menyumbang hasil pertanian mereka kepada penduduk setempat agar daripada ia rosak dan dibuang begitu sahaja ketika PKP fasa pertama itu dilaksanakan.

Inisiatif ini juga akan membantu penduduk terutama mereka yang terjejas teruk  susulan pelaksanaan PKP ini.

Di Miri, seorang pengusaha kebun sayur, Mak Ak Kit telah menunjukkan inisiatif tersebut dengan mengagihkan pelbagai jenis sayur segar secara percuma kepada mereka yang terkesan ketika berdepan PKP.

Beliau adalah antara yang pertama mengedarkan sayur-sayuran percuma kepada orang ramai setelah lambakan sayur semakin banyak apabila PKP memasuki minggu kedua.

“Saya tidak mempunyai pilihan, kerana sayur-sayuran perlu dituai, jika tidak, mereka akan menjadi buruk.

“Sayur-sayur ini masih segar dan cantik, amat sayang sekali kalau dibuang begitu sahaja dan saya amat gembira apabila melihat hasil tanaman ini dapat diagihkan kepada orang ramai.

“Langkah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran tetapi sekaligus mampu membantu golongan yang memerlukan khususnya mereka yang putus pendapatan atau gaji harian,” katanya ketika ditemui di kebunnya di Sungai Rait, Bakam di sini.

Sepanjang tempoh PKP fasa pertama, Ak Kit mengagihkan kira-kira 30 peratus daripada hasil tanaman beliau  setiap hari kepada orang ramai.

Sayur-sayuran seperti sawi dan kacang bendi  telah diagihkan kepada golongan memerlukan melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Pengerusi SUPP Piasau, Datuk Sebastian Ting berkata, beliau berasa bangga kerana ada pihak yang prihatin seperti pemilik kebun tersebut iaitu Mak Ak Kit kerana sudi menyumbangkan  sayur-sayurannya.

“Kerajaan telah melaksanakan bahagiannya untuk membantu rakyat dan kita berharap lebih ramai individu atau badan korporat di Miri   tampil  bagi bersama-sama membantu mereka yang kurang mampu terutamanya mereka yang hilang pendapatan harian akibat pelaksanaan PKP ini,” katanya.

Beliau berkata, warga Miri sangat bertuah kerana mempunyai ramai golongan yang prihatin yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Peralatan memasak tembaga warisan berharga
Next: Tiada istilah terlambat untuk menuntut ilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.