Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dengan Muhyiddin
  • NASIONAL

Majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dengan Muhyiddin

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergambar bersama para hadirin pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Sept 1 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang posing during a photo session with the guests at the Perikatan Nasional (PN) Half-Year Administration Convention held at Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergambar bersama para hadirin pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Selasa lepas.• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kajian dijalankan Merdeka Center baru-baru ini mendapati 69 peratus   pengundi Malaysia berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Menurut kajian itu, sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan  Sarawak memuji  Muhyiddin manakala  65 peratus orang India dan 33 peratus orang Cina turut berpuas hati dengan Muhyiddin. 

“Penarafan baik diberikan kepada perdana menteri terus berada dalam lingkungan selesa dan positif dengan mengambil kira beliau hanya memegang jawatan itu sejak Mac 2020,” menurut kenyataan dikeluarkan Merdeka Center berhubung hasil kajian itu, di sini semalam.

Kajian bagi mendapatkan persepsi pengundi terhadap ekonomi, pemimpin dan isu-isu semasa itu dijalankan dari 15 Julai hingga 10 Ogos dan melibatkan 3,415 pengundi berdaftar dengan  komposisi  etnik masing-masing itu  mencerminkan profil data pemilih negara yang ditemu bual  menerusi talian tetap dan telefon bimbit.

Menurut Merdeka Center, kajian itu juga mendapati wujud kecenderungan serupa dalam penilaian awam terhadap Kerajaan Persekutuan dengan 58 peratus pengundi gembira dengan prestasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) manakala 28 peratus tidak berpuas hati dan marah.

“Menariknya, jurang pendapatan merupakan satu daripada indikator dalam membezakan siapa yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan prestasi kerajaan.

“Kira-kira tiga suku daripada responden yang pendapatan isi rumah kurang RM2,000 sebulan memberikan pandangan positif terhadap Kerajaan Persekutuan tetapi hanya 40 peratus yang positif dalam kalangan  mereka yang pendapatan isi rumah lebih tinggi daripada  RM7,000 sebulan,” menurutnya.

Sementara itu, kajian itu turut mendapati   93 peratus responden berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19.

Lebih daripada separuh responden turut bersetuju bahawa kerajaan telah membantu kalangan mereka yang memerlukan (68 peratus) dan dalam menguruskan ekonomi (61peratus).

Pada masa yang sama sebanyak 51 peratus responden berpendapat negara menuju hala tuju yang betul, berdasarkan jawapan mereka bagi pentadbiran baik  (26 peratus) dan kepimpinan (21peratus).     

Kerajaan PN juga memperoleh persepsi positif tertinggi daripada pengundi dalam kalangan parti dan gabungan politik kontemporari di Malaysia, dengan 51 peratus responden melihat gabungan itu sebagai positif dan hanya 27 peratus berpandangan sebaliknya.

“Bagaimanapun, pandangan  positif terhadap Muafakat Nasional (MN) hanya 37 peratus dan angka itu rendah sedikit bagi komponen MN dengan PAS (39 peratus) dan  Barisan Nasional (40 peratus).

“Parti Pribumi  Bersatu  Malaysia, yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai MN baru-baru ini, hanya mendapat 28 peratus penarafan positif dan 39 peratus negatif. Pakatan Harapan memperoleh penarafan negatif tertinggi  (52 peratus), dan hanya 25 peratus gembira dengan gabungan dibentuk PKR, DAP, dan Amanah,” katanya.

Kajian itu juga mendapati  61 peratus responden bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala hanya 18 peratus menjawab sebaliknya.

Pada 28 Julai, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh pertuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukannya melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – Bernama
 

Continue Reading

Previous: Rais Yatim Speaker Dewan Negara Ke-18
Next: Semak diri, jaga bahasa ketika berbahas – Rais Yatim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.