Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Majlis Tenaga Sarawak bakal ditubuhkan tahun depan – Abang Johari
  • SEMASA

Majlis Tenaga Sarawak bakal ditubuhkan tahun depan – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 days ago

Abang Johari pada sidang media selepas majlis pelancaran Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan sebuah majlis tenaga di peringkat negeri yang dijangka dibentuk pada tahun hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini selepas proses libat urus bersama semua pihak berkepentingan selesai.

“Majlis ini akan memantau semua pihak berkepentingan dalam sektor tenaga bagi memastikan operasi dan dasar mereka sejajar dengan hala tuju negeri,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) di sini hari ini.

Beliau berkata SET-P merupakan sebahagian daripada proses ke arah penubuhan majlis tenaga dengan turut melibatkan pihak swasta supaya kedua-dua sektor awam dan swasta bergerak seiring.

Sementara itu, dalam ucaptamanya, Abang Johari berkata Sarawak menyasarkan pelaburan sebanyak RM700 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang menerusi pelaksanaan SET-P.

Beliau berkata dasar berkenaan dijangka memacu pertumbuhan ekonomi rendah karbon dan mesra alam sekitar yang berasaskan tenaga boleh baharu (TBB).

“Kita bertuah kerana mempunyai keupayaan untuk menjana TBB dan menerima minat pelaburan yang tinggi dari seluruh dunia ke atas Sarawak, khususnya dalam tenaga hidroelektrik.

“Pelaburan ini akan mewujudkan apa yang kita gelar pekerjaan berkualiti tinggi. Oleh itu, kita bersiap sedia dengan menyediakan pendidikan tinggi percuma untuk melahirkan tenaga kerja yang bersedia menghadapi ekonomi baharu yang sedang dibangunkan di Sarawak,” katanya.

SET-P merupakan pelan strategik dan bersepadu untuk mentransformasikan landskap tenaga Sarawak, berpaksikan tujuh tonggak utama, iaitu TBB, gas asli, kecekapan tenaga, mobiliti rendah karbon, hidrogen bersih, pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta tenaga alternatif.

Ia merangka masa depan tenaga yang tahan lasak dan inklusif, dengan memberi perhatian kepada tiga cabaran utama tenaga, iaitu keselamatan, kemampuan dan kelestarian.

Continue Reading

Previous: Dasar Peralihan Tenaga Sarawak dilancar
Next: Kes Zara Qairina: Bukit Aman ambil alih siasatan, hantar pasukan petugas khas ke Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.