Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran eratkan ukhuwah komuniti Kampung Tengah Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran eratkan ukhuwah komuniti Kampung Tengah Simanggang

Utusan Sarawak 5 hours ago
DAYANG Noorazah hadir pada Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran yang berlangsung di Masjid Lama Kampung Tengah Simanggang, hari ini. Foto: ADUN Lingga

SIMANGGANG: Seramai 37 penduduk pelbagai peringkat usia diraikan dalam Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran yang berlangsung di Masjid Lama Kampung Tengah Simanggang, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penganjuran majlis tersebut bukan sahaja sebagai pengisian rohani sepanjang Ramadan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut beliau, aktiviti keagamaan seperti tahlil dan khatam al-Quran perlu terus diperkasa kerana ia mampu menyemai nilai perpaduan, selain mendekatkan masyarakat dengan ajaran Islam.

DAYANG Noorazah hadir pada Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran yang berlangsung di Masjid Lama Kampung Tengah Simanggang, hari ini. Foto: ADUN Lingga

Katanya lagi, penglibatan masyarakat daripada pelbagai peringkat usia dalam majlis berkenaan juga membuktikan kesungguhan komuniti setempat untuk memakmurkan masjid sebagai pusat aktiviti keagamaan.

“Program seperti ini amat digalakkan kerana ia bukan sahaja mengimarahkan masjid, malah memberi ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama mendalami penghayatan terhadap al-Quran,” katanya.

Pada majlis sama turut diadakan penyampaian saguhati kepada imam, bilal, peserta khatam al-Quran serta petugas yang terlibat sepanjang penganjuran program sepanjang Ramadan.

DAYANG Noorazah hadir pada Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran yang berlangsung di Masjid Lama Kampung Tengah Simanggang, hari ini. Foto: ADUN Lingga

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program keagamaan di kawasan tersebut, Dayang Noorazah turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM2,000 bagi menjayakan Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran di Masjid Lama Kampung Tengah Simanggang.

Majlis tersebut diharap dapat terus dijadikan acara tahunan bagi memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh institusi masjid dalam kalangan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK digesa lebih proaktif sebar maklumat dasar dan agenda pembangunan kerajaan
Next: Harry Jinep gesa ibu bapa main peranan tangani masalah dadah di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.