Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Majlis Sungkey PIBG dan Alumni SK Agama MIS Sri Aman eratkan ukhuwah Ramadan
  • SEMASA

Majlis Sungkey PIBG dan Alumni SK Agama MIS Sri Aman eratkan ukhuwah Ramadan

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAJLIS Sungkey PIBG bersama Alumni SK Agama MIS Sri Aman berlangsung meriah di Dewan Al-Ghazali dekat sini, semalam. Foto: PIBG SK Agama MIS Sri Aman

SIMANGGANG: Majlis Sungkey Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sri Aman berlangsung meriah di Dewan Al-Ghazali dekat sini, semalam.

Yang Dipertua PIBG SK Agama MIS Sri Aman, Ustaz Syaifullah Ismail berkata, penganjuran program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa, murid serta bekas pelajar dalam suasana penuh ukhuwah sempena Ramadan.

MAJLIS Sungkey PIBG bersama Alumni SK Agama MIS Sri Aman berlangsung meriah di Dewan Al-Ghazali dekat sini, semalam. Foto: PIBG SK Agama MIS Sri Aman

Menurut beliau, majlis tersebut dianjurkan oleh PIBG SK Agama MIS Sri Aman dengan kerjasama alumni sekolah dan merupakan julung kalinya program seumpama itu diadakan bersama Alumni SK Agama MIS Sri Aman.

Katanya, program berkenaan berjaya menghimpunkan ibu bapa, murid, guru serta bekas pelajar dalam suasana santai dan harmoni sekali gus memperkukuhkan semangat kekitaan dalam komuniti sekolah.

Para hadirin turut membawa makanan, minuman dan tikar sendiri untuk berbuka puasa secara santai dan beramai-ramai, menjadikan suasana majlis lebih meriah serta penuh kemesraan.

MAJLIS Sungkey PIBG bersama Alumni SK Agama MIS Sri Aman berlangsung meriah di Dewan Al-Ghazali dekat sini, semalam. Foto: PIBG SK Agama MIS Sri Aman

Tambah beliau, pendekatan tersebut bukan sahaja memupuk budaya berkongsi rezeki, malah mempereratkan lagi hubungan silaturahim antara semua pihak yang terlibat.

Dalam pada itu, majlis tersebut turut menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara ibu bapa, alumni, guru dan warga sekolah dalam suasana yang harmoni.

Majlis berkenaan berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan, sekali gus memperlihatkan semangat kebersamaan komuniti SK Agama MIS Sri Aman dalam mengimarahkan Ramadan.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 110 kanak-kanak diraikan menerusi Program Sinaran Raya 2026
Next: Wanita warga emas maut, lima cedera kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman–Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.