Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Majlis Rumah Terbuka Gawai 2025, serlah keunikan budaya Sarawak
  • SEMASA

Majlis Rumah Terbuka Gawai 2025, serlah keunikan budaya Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tiba di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2025, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai 2025 terus menjadi simbol perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Sarawak merentasi kaum dan budaya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sambutan ini merupakan platform terbaik untuk meraikan dan mengetengahkan keunikan budaya masyarakat Dayak di negeri ini.

“Majlis seperti ini memberi ruang untuk kita mempersembahkan budaya, tradisi serta amalan masyarakat Dayak.

“Ia juga menjadi peluang penting untuk merapatkan hubungan dan menyatukan semua kaum di Sarawak,” katanya ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2025, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tiba di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2025, hari ini. Foto UKAS

Tambah beliau, kehadiran pemimpin tertinggi Sarawak serta rakyat pelbagai lapisan kaum mencerminkan semangat muhibah dan perpaduan yang menjadi identiti Sarawak.

“Hari ini kita amat berbesar hati dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama barisan pemimpin serta rakyat berbilang bangsa dan budaya.

“Inilah gambaran sebenar Sarawak, kami sangat berbangga kerana dapat menjadi tuan rumah hari ini untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai keharmonian kaum yang sangat kukuh. Kita juga mempunyai budaya yang boleh menyumbang kepada kepelbagaian masyarakat dalam Malaysia,” ujar beliau lagi.

Selain mencerminkan semangat perpaduan, majlis tersebut turut menyerlahkan kemesraan antara pemimpin dan rakyat apabila pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berswafoto bersama para pemimpin yang hadir.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: CCBW 2025 kembali gegar Kuching Julai ini
Next: Tun Wan Junaidi, Abang Johari teruskan tradisi ‘ngabang’ sempena Gawai Dayak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.