Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Riang Ria BBP Lutong perkukuh semangat kekeluargaan warga bomba
  • Utara
  • WILAYAH

Majlis Riang Ria BBP Lutong perkukuh semangat kekeluargaan warga bomba

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERUCAP… Henry Jugah semasa berucap pada Majlis Riang Ria Bersama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong 2025 di Miri semalam.

MIRI: Majlis Riang Ria Bersama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong 2025 bukan sahaja menjadi medan meraikan sambutan prakrismas, tahun baharu dan hari lahir warga bomba, malah berperanan mengukuhkan semangat kekeluargaan serta penghargaan terhadap jasa dan komitmen anggota sepanjang tahun.

Ketua BBP Lutong, Henry Jugah berkata, majlis tahunan itu menjadi simbol pengiktirafan terhadap pengorbanan dan dedikasi 25 pegawai serta anggota bomba Lutong yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya di kawasan jagaan balai berkenaan.

Menurut beliau, pencapaian prestasi kerja amat membanggakan apabila ketiga-tiga pasukan iaitu Alpha, Bravo dan Charlie berjaya merekodkan KPI dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melebihi 90 peratus, sekali gus mencerminkan tahap profesionalisme dan disiplin tinggi warga bomba Lutong.

MERIAH… Sekitar Majlis Riang Ria Bersama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong 2025 di Miri semalam.

“Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang 12 bulan ini membuktikan bahawa warga BBP Lutong sentiasa bersedia memikul amanah demi memastikan keselamatan masyarakat serta merealisasikan visi dan misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Penghulu Ngadan Melintang yang mewakili Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.

Henry berkata, selain tugasan operasi, BBP Lutong juga aktif melaksanakan program kemasyarakatan seperti ceramah keselamatan kebakaran, Bomba Komuniti, Bomba Junior dan Kadet Bomba, selain menjalin kerjasama erat dengan pelbagai NGO bagi memperluaskan kesedaran keselamatan awam.

“Walaupun jumlah anggota kami kecil, semangat juang dan iltizam yang ditunjukkan amat besar nilainya. Setiap sumbangan dan khidmat bakti anggota akan sentiasa dikenang serta menjadi asas untuk terus meningkatkan prestasi balai ini,” ujarnya.

Beliau turut menyeru semua warga kerja agar terus mengekalkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab, selaras dengan aspirasi negara dan keperluan masyarakat setempat.

Majlis Riang Ria BBP Lutong 2025 itu juga menjadi malam kemuncak penghargaan kepada anggota yang menyambut hari lahir antara September hingga Disember, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga besar bomba Lutong.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lampu Pokok Krismas 2025 menyala meriah di Dataran Tun Tuanku Bujang
Next: 3,532 mangsa banjir di Baram setakat semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.