Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis ramah tamah Aidilfitri Tanjong Manis disambut meriah
  • WILAYAH

Majlis ramah tamah Aidilfitri Tanjong Manis disambut meriah

Utusan Sarawak 2 years ago
DUIT RAYA… Ir. Yusuf menyampaikan sumbangan duit raya kepada penduduk. 

SARIKEI: Majlis ramah tamah Aidilfitri dianjurkan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab di Dewan Serbaguna Bukit Kinyau disambut meriah, petang semalam.

Antara pengisian aturcara majlis ialah pemberian duit raya kepada anak-anak kecil oleh Ir. Yusuf, cabutan bertuah selain pelbagai lagu-lagu Aidilfitri diputarkan yang menghidupkan lagi suasana sambutan.

Tidak ketinggalan ialah beraneka jenis juadah Aidilfitri turut disajikan untuk dinikmati bersama penduduk dan pengunjung yang hadir.

Ir. Yusuf bersyukur kerana Aidilfitri kali ini disambut dalam keadaan jauh lebih selesa dengan tidak ada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti sebelum ini ketika seluruh negara dilanda wabak penularan Covid-19.

Turut menyerikan majlis, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh serta isterinya, Datin Asiah Awai, Ketua Kaum (KK) Kampung Bukit Kinyau, Albahari Juki dan Kaunselor Misiah Abu Seman. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh serta isterinya, Datin Asiah Awai, Ketua Kaum (KK) Kampung Bukit Kinyau, Albahari Juki dan Kaunselor Misiah Abu Seman. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Jeti Kampung Bukit Kinyau bernilai RM700,000 telah siap
Next: Amalan bergotong-royong jayakan rumah terbuka Aidilfitri anjuran KASM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.