Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Agama MIS Sri Aman kukuhkan silaturahim warga sekolah
  • WILAYAH

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Agama MIS Sri Aman kukuhkan silaturahim warga sekolah

Utusan Sarawak 6 hours ago
MAJLIS Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK Agama MIS Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya di sekolah berkenaan, pagi tadi. Foto PIBG SK Agama MIS Sri Aman

SIMANGGANG: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi, menyaksikan kehadiran amat menggalakkan daripada ibu bapa serta warga sekolah.

Program yang julung kali diadakan dengan penglibatan ibu bapa secara menyeluruh ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat.

Guru Besar SK Agama MIS Sri Aman, Yahkup Rahim berkata penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah berperanan sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa dan murid.

MAJLIS Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK Agama MIS Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya di sekolah berkenaan, pagi tadi. Foto PIBG SK Agama MIS Sri Aman

Menurut beliau, penglibatan aktif semua pihak dalam majlis tersebut membuktikan wujudnya kesepaduan yang kukuh dalam kalangan komuniti sekolah.

“Program seperti ini mampu memperkukuh silaturahim antara guru, ibu bapa dan murid, di samping mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Tambah beliau, suasana harmoni yang terjalin hasil daripada program sebegini amat penting dalam menyokong perkembangan sahsiah serta kecemerlangan akademik murid.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ustaz Syaifullah Ismail bersama Timbalan Yang Dipertua, Dr Hazwani Mohd Yusop serta barisan Exco PIBG yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran program tersebut.

MAJLIS Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK Agama MIS Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya di sekolah berkenaan, pagi tadi. Foto PIBG SK Agama MIS Sri Aman

Dalam pada itu, Yahkup turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan murid yang telah berganding bahu menjayakan majlis berkenaan.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih meluas demi memperkukuh lagi jalinan kerjasama antara sekolah dan komuniti.

MAJLIS Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK Agama MIS Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya di sekolah berkenaan, pagi tadi. Foto PIBG SK Agama MIS Sri Aman

Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan penuh kemesraan apabila setiap kelas menyediakan pelbagai juadah Hari Raya untuk dinikmati bersama, sekali gus menyerlahkan semangat gotong-royong dan kebersamaan.

Secara keseluruhannya, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 ini berjaya mencapai objektifnya sebagai medium penyatuan warga sekolah dan ibu bapa, sekali gus membina persekitaran pendidikan yang lebih harmoni dan sejahtera.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Lawas bertuah nikmati pelbagai projek pembangunan
Next: SPM 2025: Tiga sekolah menengah di DUN Kalaka catat keputusan cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.