Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Kampung Pangtray meriah, sembilan NGO berganding bahu menjayakannya
  • Tengah
  • WILAYAH

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Kampung Pangtray meriah, sembilan NGO berganding bahu menjayakannya

Utusan Sarawak 5 hours ago
APA KHABAR….Dr Safiee bersalaman sambil bertanya khabar tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1447H/2026M peringkat Kampung Pangtray, semalam.

DARO: Semangat perpaduan dan kebersamaan jelas terserlah apabila sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1447H/2026M peringkat Kampung Pangtray yang berlangsung meriah, semalam.

Majlis yang diadakan di Dewan Kampung Pangtray itu bermula seawal jam 9.30 pagi itu, berjaya menghimpunkan penduduk setempat bersama pelbagai agensi komuniti dalam suasana penuh kemesraan dan semangat ukhuwah sempena Syawal.

PERASMIAN…..Dr Safiee merasmikan gerai terbuka Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1447H/2026M peringkat Kampung Pangtray, semalam.

Keunikan penganjuran kali ini terserlah apabila sembilan NGO berganding bahu menjayakan sambutan tradisi tersebut, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama dan kesepaduan tinggi dalam kalangan masyarakat setempat.

Antara NGO yang terlibat ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangtray, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Pangtray.

Jawatankuasa Pengurusan Masjid Kampung Pangtray, Saberkas Unit Kampung Pangtray, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pangtray, Persatuan Nelayan Kawasan, PPWS Pangtray, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta Perpustakaan Desa Kampung Pangtray.

DR SAFIEE….Merakam kenangan di hadapan salah sebuah gerai terbuka pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1447H/2026M peringkat Kampung Pangtray, semalam.

Kesemua NGO berkenaan memainkan peranan penting melalui penyediaan gerai rumah terbuka yang menawarkan pelbagai juadah kepada pengunjung, sekali gus memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran majlis tersebut.

“Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama penduduk, malah menjadi platform terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Pada majlis sama, Dr Safiee turut menyampaikan sumbangan dana berjumlah RM17,000 kepada JKKK Kampung Pangtray, PIBG SK Kampung Pangtray serta PPWS Cawangan Kampung Pangtray.

Sumbangan tersebut diharap dapat membantu memperkasa aktiviti kemasyarakatan serta pembangunan pendidikan dan kebajikan di kawasan berkenaan.

Turut hadir ialah Pemangku Guru Besar SK Kampung Pangtray, Zaina Abdul Razak, Ketua Kaum, Shamsiah Saibi; Yang Dipertua PIBG SK Kampung Pangtray, Rasidah Raden serta Pengerusi JKP Masjid Kampung Pangtray, Osman Raim.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MDS sertai program Virtual Earth Hour 2026 bersama PBT seluruh Sarawak
Next: Penduduk Rumah Sagoh kini nikmati akses lebih selamat menerusi jambatan gantung baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.