Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Perbandaran Padawan anjur cabutan bertuah galak pemilik hartanah bayar cukai
  • TEMPATAN

Majlis Perbandaran Padawan anjur cabutan bertuah galak pemilik hartanah bayar cukai

Utusan Sarawak 6 hours ago
POSTER… Setiausaha Perbandaran MPP Goh Thiam Ho, Pengerusi MPP Kaunselor Tan Kai dan Timbalan Pengerusi MPP Kaunselor Mahmud Dato Sri Ibrahim, memegang poster semasa pengumuman pada Mesyuarat Majlis Penuh MPP hari ini.

PADAWAN: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kaunselor Tan Kai berkata pihak majlis akan menganjurkan cabutan bertuah ‘Bayar Cukai Taksiran dan Menang’ bagi menggalakkan pemilik dan penghuni hartanah menjelaskan cukai taksiran masing masing dengan segera.

Beliau berkata, majlis menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 kepada pembayar cukai yang menjelaskan cukai taksiran 2026 sepenuhnya, merangkumi bil penggal pertama dan penggal kedua, serta melangsaikan sebarang tunggakan sebelum atau pada 31 Mei 2026.

“Cabutan bertuah ini dijadual diadakan pada penghujung Jun 2026 dan pembayar cukai yang layak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sebagai tanda penghargaan pihak majlis,” katanya.

Menurutnya, inisiatif tersebut terbuka kepada semua pegangan harta berkadar dalam kawasan pentadbiran MPP yang didaftarkan atas pemilikan individu dalam sistem majlis, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Tambah beliau, ini merupakan kali pertama MPP menganjurkan program seumpama itu sebagai pendekatan proaktif dan mesra pelanggan dalam menggalakkan pembayaran tepat pada masanya serta menghargai komitmen pembayar cukai yang bertanggungjawab.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjelaskan cukai taksiran tepat pada masanya kerana hasil kutipan tersebut membolehkan majlis menyelenggara kemudahan awam, menambah baik perkhidmatan perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan Padawan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bintulu Port catat keuntungan bersih RM26.56 juta, umum dividen lima sen
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.