Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 cerminkan perpaduan Sarawak
  • TEMPATAN

Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 cerminkan perpaduan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
KENANGAN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian rakam kenangan bersama tetamu kehormat dan warga Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sempena Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 di Padungan, malam ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum terus diperkukuh menerusi penganjuran Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 di Kucing Putih, Padungan, di sini, malam ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, penganjuran sambutan perayaan yang melibatkan semua lapisan masyarakat mencerminkan identiti Sarawak sebagai negeri yang menjunjung nilai kesatuan, keharmonian dan saling menghormati.

Menurut beliau, penggunaan tema dan ‘pakaian’ baharu bagi ikon kucing pada setiap musim perayaan melambangkan keterangkuman Sarawak dalam meraikan kepelbagaian budaya serta menyambut semua perayaan tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini adalah semangat Sarawak. Setiap perayaan diraikan bersama-sama kerana Kuching merupakan bandar perpaduan dan keharmonian. Semua orang datang bersama dan memainkan peranan masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan yang berlangsung di Kucing Putih, Padungan.

Beliau berkata, suasana perayaan amat penting khususnya menjelang kepulangan anak-anak Sarawak dari luar negeri termasuk dari Singapura dan Semenanjung Malaysia untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga.

“Mereka ingin merasai bahawa Sarawak adalah rumah. Kita menyambut mereka pulang dan pada masa sama memperkukuh nilai Sarawak iaitu kebersamaan, makan bersama dan hidup bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Sim turut memaklumkan kerajaan Sarawak akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina kerajaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada minggu hadapan, bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selain menampilkan persembahan bakat tempatan berbilang kaum sebagai simbol keterangkuman rakyat Sarawak.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian melakukan simbolik penyalaan lampu sempena Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 di Padungan, malam ini. Foto Shikin Mahmd

Menurut beliau, sambutan tersebut akan menampilkan persembahan bakat tempatan yang mencerminkan kepelbagaian budaya termasuk elemen Dayak, Melayu serta lagu-lagu perayaan yang boleh dinikmati oleh semua kaum.

“Tahun Baharu Cina di Sarawak bukan hanya untuk satu kaum, sebaliknya adalah masa perjumpaan keluarga dan perhimpunan seluruh rakyat Sarawak,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan khususnya ketika memandu pulang ke kampung halaman.

“Pandu dengan selamat dan jika minum, jangan memandu. Kita mahu semua orang bergembira menyambut tahun baharu, bukan berada di hospital,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan yang menurutnya mencerminkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) berteraskan kemanusiaan, inklusif dan kesejahteraan rakyat.

“Sarawak dikenali kerana keharmonian, hormat-menghormati dan semangat kebersamaan. Semua orang memainkan peranan untuk membangunkan negeri ini,” katanya.

Turut hadir Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dan tetamu kehormat lain.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf SJKC Sam Hap Hin bernilai RM70,000 dijangka siap Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.