Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Mantar Gawai 2025 SDNU Meradong serlah semangat kekitaan, budaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Majlis Mantar Gawai 2025 SDNU Meradong serlah semangat kekitaan, budaya

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UPACARA MIRING…Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan upacara Majlis Mantar Gawai SDNU. Foto UKAS

BINTANGOR: Majlis Mantar Gawai Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Meradong Tahun 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan menjelang Gawai Dayak, malah menjadi wadah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat menerusi kebudayaan dan nilai kekitaan yang dipelihara sejak turun-temurun.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa SDNU Meradong kerana sudi menjemput saya dan Dato Sri Huang Tiong Sii hadir pada majlis ini.

“Saya percaya penganjuran majlis seperti ini bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan komitmen tinggi, perancangan rapi dan semangat kerjasama yang kuat.

“AJK SDNU Meradong telah membuktikan mereka mampu melaksanakannya dengan cemerlang,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut bertempat di salah sebuah restoran, baru-baru ini.

BERAMAH MESRA….Datuk Ding Kuong Hiing menyantuni hadirin yang hadir setibanya pada majlis tersebut. Foto UKAS

Tambahnya, beliau bersyukur kerana majlis ini dapat dijayakan dengan penuh kemeriahan, menggambarkan kekuatan perpaduan serta penglibatan komuniti di Daerah Meradong.

Dalam pada itu, Koung Hiing turut menekankan kecemerlangan pentadbiran kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berjaya membawa pelbagai pembangunan termasuk pembinaan Jambatan Batang Rajang yang menghubungkan Sarikei, Meradong, Tanjung Manis dan Sibu.

Sebagai tanda penghargaan terhadap usaha SDNU Meradong, beliau dan Ahli Parlimen Sarikei, Dato Sri Huang Tiong Sii masing-masing mengumumkan sumbangan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000 untuk menyokong pelaksanaan aktiviti kesatuan sepanjang tahun ini.

Turut hadir Tuai Rumah Kichu Ajan mewakili Datoʼ Sri Huang Tiong Sii; Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang; Pengerusi SDNU Meradong yang juga pengerusi pengelola, Uching Kuling; Timbalan Pengerusi SDNU Meradong, Tuai Rumah Petrus Anis; Penghulu Abas Banyi dan Kaunselor Samuel Dalang.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah Panjang Banyan Mawan terima 80 unit pemadam api
Next: Sukan, permainan tradisional penting pelihara warisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.