Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Malam Citrawarna Vol.7 angkat martabat bangsa Melanau di Sarawak
  • TEMPATAN

Majlis Malam Citrawarna Vol.7 angkat martabat bangsa Melanau di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
Sean Wong Jiun Jieh (dua dari kanan) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Malam Citrawarna Vol.7 Persatuan Melanau Sibu di Dewan Baitumal di Sibu, malam tadi.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh memuji usaha Persatuan Melanau Sibu dalam memperkukuh perpaduan masyarakat Melanau melalui penganjuran Majlis Malam Citrawarna Vol.7 yang berlangsung di Dewan Baitulmal di sini, malam tadi. 

Beliau berkata, majlis berkenaan bukan sahaja berfungsi sebagai platform pengiktirafan kepada pencapaian anak-anak Melanau dalam pelbagai bidang, tetapi turut memainkan peranan penting dalam menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti tersebut di seluruh Sarawak.

“Saya difahamkan Majlis Citrawarna ini diadakan untuk mengiktiraf anak-anak Melanau yang berjaya dalam bidang akademik, keusahawanan, kesenian, nyanyian dan sebagainya. 

“Usaha ini memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus cemerlang kerana jumlah penerima insentif meningkat setiap tahun,” katanya.

Wong berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya Kaunselor Sean Wong Jiun Jieh pada majlis berkenaan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Melanau Sibu kerana berjaya menghimpunkan masyarakat Melanau dari pelbagai kawasan termasuk Miri, Bintulu, Kuching, Sarikei, Mukah dan Matu Daro, sekali gus memperkukuh perpaduan dan kemesraan antara komuniti.

TAHNIAH…Sean Wong Jiun Jieh menyampaikan insentif kepada salah seorang wakil pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sibu, malam tadi.

“Seperti kata pepatah, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan. Saya berharap pemberian insentif pelajar, penyampaian anugerah kepada exco serta jalinan mesra sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Melanau Sibu, Mohd Anis Ili dalam ucapannya berkata, penganjuran Citrawarna yang memasuki edisi ketujuh tahun ini merupakan bukti komitmen persatuan dalam mengangkat martabat bangsa Melanau agar berdiri sama megah dengan bangsa lain di Sarawak.

“Jerau Jenasang maksudnya kita bersama-sama menuju ke satu arah, satu tujuan iaitu untuk menyatukan bangsa Melanau agar terus kukuh dan berdaya saing,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua persatuan Melanau di seluruh negeri atas sokongan padu terhadap program berkenaan dan mengajak agar kerjasama tersebut diteruskan pada program akan datang di daerah lain seperti Mukah, Sarikei, Matu Daro, Bintulu dan Miri.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier, Joshua Ting Fu Ying.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Larry Sng gesa golongan wanita muda sertai PPWS hadapi cabaran era digital
Next: Yayasan baharu perkukuh pembangunan awal kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.