Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Makan Malam Pra Gawai Padawan, eratkan perpaduan komuniti Bidayuh
  • WILAYAH

Majlis Makan Malam Pra Gawai Padawan, eratkan perpaduan komuniti Bidayuh

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menghadiri Majlis Makan Malam Pra Gawai Peringkat Daerah Padawan di Dewan Gunasama Asah Bratan. Foto UKAS

KOTA PADAWAN: Majlis Makan Malam Pra Gawai Peringkat Daerah Padawan disambut meriah dengan kehadiran pemimpin utama serta komuniti Bidayuh, sekali gus menyerlahkan semangat perpaduan menjelang sambutan Gawai Dayak.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn di Dewan Gunasama Asah Bratan, semalam.

Dalam ucapannya, beliau memuji komitmen masyarakat Bidayuh yang sentiasa menyokong agenda kerajaan dan menekankan pentingnya penguasaan sains, teknologi, matematik dan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda.

Beliau turut menyentuh tentang potensi pembangunan di Bayur serta sektor pelancongan dan pertanian di kawasan Mambong.

Majlis turut diserikan dengan penyerahan bantuan bakul makanan kepada 15 penerima daripada golongan memerlukan sebagai tanda keprihatinan sempena musim perayaan.

Majlis ini bukan sekadar sambutan budaya, tetapi turut menjadi simbol penyatuan dan kekuatan komuniti Bidayuh dalam mengekalkan jati diri sambil menyokong pembangunan berterusan Sarawak.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu pejabat baharu MDLBS pacu pertumbuhan Sibu Jaya
Next: PPS Dewan Komuniti Lubok Subong dibuka tempatkan mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.