Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Khatam al-Quran SK Kuala Matu meriah
  • WILAYAH

Majlis Khatam al-Quran SK Kuala Matu meriah

Utusan Sarawak 4 months ago

UNTUK KENANGAN... Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi (tengah) bersama tetamu dan peserta di SK Kuala Matu. Kredit foto FB Ahmad Johnie Zawawi

MATU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Matu berjaya menganjurkan Majlis Khatam al-Quran yang berlangsung dengan meriah di Dewan Terbuka sekolah, dengan kehadiran lebih 200 peserta dan jemputan.

Majlis bertemakan ‘Komitmen Terhadap Pendidikan Islam’ itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, yang turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya khatam al-Quran.

Turut hadir Guru Besar SK Kuala Matu, Ahmad Mahmud; Penyelia KAFA Daro, Nurhidayah Naidi; wakil Baitulmal, Hasimah Semuni serta Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Ismail Majelis dan Saidi dari Unit Pembangunan Bakat Murid.

Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dengan bacaan al-Quran oleh pelajar-pelajar yang khatam, diikuti ceramah motivasi bagi menyuntik semangat kepada peserta. 

Persembahan istimewa daripada murid-murid turut menceriakan suasana.

Majlis ditutup dengan bacaan doa selamat dan penyampaian cenderamata kepada pelajar yang berjaya khatam sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.

Program ini mencerminkan komitmen SK Kuala Matu dalam memperkukuh pendidikan Islam serta membentuk generasi pelajar yang berketerampilan dan berakhlak mulia.-EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: PPS lancar ‘Jeriji Besi: Erti Sebuah Kehidupan’
Next: Guna peruntukan MRP dengan baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.