Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Khatam al-Quran platform perkukuh nilai spiritual, perpaduan
  • TEMPATAN

Majlis Khatam al-Quran platform perkukuh nilai spiritual, perpaduan

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membaca Surah Al-Kauthar semasa Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak 2025 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini. Turut kelihatan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Len Talif Salleh, Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto UKAS

KUCHING: Majlis Khatam al-Quran yang dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bukan sekadar satu acara keagamaan, tetapi turut menjadi platform memperkukuh nilai spiritual dan perpaduan dalam kalangan kepimpinan negeri.

Majlis yang berlangsung pada petang tadi dimulakan dengan bacaan doa Dhuha, diikuti dengan bacaan Surah Al-Kauthar oleh Premier Sarawak sendiri, sebelum diteruskan dengan khatam al-Quran bersama dif-dif kehormat.

Kehadiran barisan kepimpinan negeri turut mencerminkan kebersamaan dalam menghayati nilai-nilai Islam serta memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi semasa tiba bagi menghadiri Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak 2025 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini. Foto UKAS

Antara yang hadir ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Ibrahim Baki, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kenamaan lain merakam gambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak 2025 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

Terdahulu, Premier Sarawak berkesempatan menyampaikan sumbangan Ramadan daripada Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada Pelajar Kelas Saudara Kita yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Majlis ini bukan sahaja melambangkan komitmen kepimpinan negeri dalam mendukung nilai-nilai Islam, tetapi juga menjadi wadah memperkukuh ukhuwah serta kesepaduan dalam pentadbiran Sarawak. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Usah takut derma organ
Next: JKR Sarawak jamin tiada penyelenggaraan skala besar semasa Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.