Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Majlis Kerja Tertinggi PBB tambah 10 ahli baharu
  • SEMASA

Majlis Kerja Tertinggi PBB tambah 10 ahli baharu

Utusan Sarawak 7 months ago
PENJELASAN… Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

PETRA JAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menambah 10 ahli baharu dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT), umum Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, pertambahan ahli baharu itu masing-masing lima daripada ahli Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita PBB.

“Ini kerana kita mengambil kira Parti kita yang semakin berkembang dan kita memerlukan mereka ini, selain memastikan mereka ini mengikut perkembangan senario politik semasa dan keperluan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.

Untuk makluman, ahli MKT dari Pemuda PBB yang dilantik ialah Afiq Brahim, Malcolm Layang Jimban, Sufian Moha, Nicholas Jub dan Abang Mohd Hafiq Abang Kassim.

Ahli MKT baharu yang dilantik dari Pergerakan Wanita ialah Senator Susan Chemerai Anding, Dato Sri Rohani Karim, Datin Sri Angelina Ujang, Umang Nangku Jabu dan Dr Dayang Nurfizawati.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa pelancaran penubuhan Sayap baharu PBB untuk golongan belia berusia  antara 18 hingga 28 tahun akan diadakan 5 dan 6 Oktober ini di Sibu.

Katanya, sehingga kini, segala proses penubuhan termasuk peraturan yang diperlukan Sayap Belia itu telah dilaksanakan.

“Setakat ini kita sudah menyempurnakan segala peraturan yang diperlukan dan dimasukkan dalam perlembagaan kita seperti peraturan untuk pergerakan Pemuda, pergerakan Sayap Wanita dan ini peraturan kepada belia yang berusia 18 tahun ke 28 tahun. Ini kita sudah selesaikan,” katanya.

Beliau menambah, peraturan tersebut masih perlu dibentangkan dalam Perhimpunan Agung yang akan datang sebelum mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Tapi peraturan untuk mereka ini perlu dibentang dalam perhimpunan agung yang akan datang, selepas itu mestilah diluluskan oleh ROS dan barulah boleh digunapakai sepenuhnya. Jadi buat masa sekarang, belia berumur 18 hingga 28 tahun adalah di peringkat awal,” tambahnya.

Turut hadir, Presiden PBB yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Presiden Kanan PBB Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan ahli-ahli Majlis Tertinggi PBB.

Oleh Shahrul Qaizat


Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Next: Forum Belia Warisan Budaya Asia ke-2 pastikan ‘suara’, idea anak muda didengari, dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.