Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Kanak-Kanak Bintulu platform latih kepimpinan
  • Tengah
  • WILAYAH

Majlis Kanak-Kanak Bintulu platform latih kepimpinan

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menyaksikan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datu Muhamad Yakup Kari menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang pelajar pada majlis Pelantikan Ahli Majlis Kanak-Kanak Bintulu di Auditorium Wisma Bintulu, hari ini.

BINTULU: Majlis Kanak-Kanak Bintulu secara rasmi ditubuhkan sebagai satu platform penting bagi melatih kepimpinan serta memperkasa suara kanak-kanak dalam pembangunan komuniti dan dasar kerajaan negeri.

Majlis itu disertai seramai 21 ahli berusia antara 10 hingga 15 tahun daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan sekolah sekitar Bintulu seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Siong Boon.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata penubuhan majlis itu selari dengan usaha kerajaan Sarawak mewujudkan komuniti yang inklusif, progresif dan peka terhadap suara kanak-kanak.

“Majlis ini memberi peluang kepada adik-adik kita untuk menyuarakan pandangan mereka secara langsung.

“Mereka sudah berada dalam sistem, jadi mereka boleh bantu kita menilai semula dasar-dasar sedia ada berkaitan kanak-kanak,” katanya semasa merasmikan majlis Pelantikan Ahli Majlis Kanak-Kanak Bintulu di Auditorium Wisma Bintulu di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah latihan kepimpinan yang diberikan kepada ahli majlis akan membantu membina generasi muda yang bijak, peka dan bertanggungjawab.

KENANGAN… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan tetamu kehormat lain merakam gambar bersama ahli Majlis Kanak-Kanak Bintulu selepas majlis Pelantikan Ahli Majlis Kanak-Kanak Bintulu di Auditorium Wisma Bintulu, hari ini.

“Kita mula dari usia muda kerana kita mahu mereka lebih pandai, lebih peka terhadap isu keselamatan, pendidikan, kesihatan, kesaksamaan dan kepelbagaian,” ujarnya.

Antara peranan utama ahli majlis adalah mengadvokasikan hak kanak-kanak, mewakili suara rakan sebaya, menyumbang pandangan dalam perancangan bandar serta menyebarkan kesedaran mengenai isu sosial.

Selain itu, majlis turut disokong melalui beberapa program terancang termasuk latihan advokasi, bengkel kepimpinan serta projek komuniti yang diterajui oleh ahli sendiri seperti Taman Permainan Impian dan kempen hijau.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: HEP Bakun: Pelepasan air terkawal dilaksanakan mulai 18 April-8 Mei
Next: Kasut baharu untuk pelajar terjejas kebakaran di Rumah Lapie Lai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.