Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Hari OKU Sedunia PPDK Sri Satok dirai dengan semangat muhibah dan inspirasi
  • Selatan
  • WILAYAH

Majlis Hari OKU Sedunia PPDK Sri Satok dirai dengan semangat muhibah dan inspirasi

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEHADIRAN Dayang Norjihan menyerikan majlis Hari OKU Sedunia anjuran Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok di Plaza Merdeka. Foto Sarawakku

KUCHING: Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia anjuran Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok di Plaza Merdeka, petang tadi.

Kehadiran beliau yang santun dan mesra telah menyentuh hati para pelatih, ibu bapa serta petugas PPDK Sri Satok, mengimbau jasa arwah ibunya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, selaku Penaung dan pencetus utama hubungan rapat dengan PPDK Sri Satok.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan tahniah kepada anak-anak, ibu bapa dan petugas PPDK Sri Satok atas kejayaan mereka dalam menjayakan sambutan Hari OKU Sedunia itu.

Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap ketika merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia anjuran Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok di Plaza Merdeka, petang tadi. Foto Sarawakku

“Arwah emak selalu berpesan bahawa kita semua sama dan tiada perbezaan. Sepanjang hayatnya, beliau tidak mahu kami merasai kesenangan semata-mata, sebaliknya mengajar kami melihat dan merasai cabaran yang dihadapi golongan OKU dan masyarakat lain,” katanya dalam ucapan ringkas perasmian.

Beliau menambah, orang kurang upaya bukan sekadar golongan yang memerlukan simpati, tetapi aset penting masyarakat yang perlu diberi peluang untuk menunjukkan keupayaan dan bakat mereka secara menyeluruh tanpa tekanan.

PERSEMBAHAN ISTIMEWA… Gerak tari anak-anak istimewa turut menyemarakkan keceriaan majlis Hari OKU Sedunia. Foto Sarawakku.

Majlis ditutup dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna, serta sumbangan peribadi beliau kepada pelatih yang hadir.

Turut hadir, Pengerusi PPDK Sri Satok, Dato’ Dr Munirah Mohd Hassan; Wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Mohd Zakeria Hatta; Pengarah Eksekutif Plaza Merdeka, Datin Anriza Wong; serta para tetamu jemputan lain.– Sarawakku

Continue Reading

Previous: 40,000 peserta semarakkan Perarakan Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.