Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Majlis graduasi SJK Chung Hua No 2 rai 195 murid Tahun 6
  • PENDIDIKAN

Majlis graduasi SJK Chung Hua No 2 rai 195 murid Tahun 6

Utusan Sarawak 14 hours ago
TAHNIAH… Dato Jonathan Chai menyampaikan sijil graduasi kepada Maximus Liew.

KUCHING: Seramai 195 murid Tahun 6  Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No 2 diraikan dalam majlis graduasi hari ini.

Presiden Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Dato Jonathan Chai Voon Tok berkata bahawa generasi kanak-kanak masa kini merupakan golongan yang bertuah kerana membesar dalam persekitaran yang lebih makmur serta mempunyai lebih banyak sumber dan peluang pembelajaran.

Katanya, mereka juga berdepan persaingan yang semakin sengit sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat serta tuntutan masyarakat yang kian meningkat.

“Kanak-kanak moden perlu sentiasa mengikut peredaran zaman dan terus memperbaiki diri. Sama ada dari segi ilmu, kemahiran, sahsiah atau sikap, mereka perlu sentiasa melengkapkan diri agar tidak ketinggalan dan mampu berdiri kukuh pada masa hadapan,” katanya.

Chai turut menggesa para graduan agar sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, khususnya kepada ibubapa dan guru.

TAHNIAH… Murid Tahun 6, Maximus Liew.

“Hargailah pengorbanan ibubapa serta hormatilah guru atas bimbingan dan didikan mereka. Apabila berjaya kelak, jangan lupa untuk memberi kembali kepada sekolah alma mater, SJK Chung Hua No. 2, yang telah menemani perjalanan pendidikan rendah anda dan mencipta kenangan indah,” katanya.

Menyentuh mengenai peralihan kepimpinan sekolah, Chai merakamkan penghargaan kepada bekas Guru Besar Zhang Liping atas dedikasi dan usaha gigih beliau selama ini dalam menyatukan tenaga warga pendidik serta mendapat sokongan ibubapa demi membangunkan sekolah dengan kemudahan dan mutu pendidikan yang baik.

Beliau yakin dengan semangat perpaduan dan kerjasama berterusan, SJK Chung Hua No 2 akan terus mencipta kejayaan dan mencapai tahap yang lebih tinggi.

TAHNIAH… Murid Tahun 6 yang menamatkan persekolahan.

Chai turut mengakui cabaran luar biasa yang dihadapi oleh kumpulan graduan ini, yang terpaksa menjalani pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dari 2020 hingga 2022.

“Mereka terpaksa bekerja lebih keras untuk mengejar tahap pembelajaran yang sepatutnya. Pengalaman luar biasa ini telah menguji ketahanan diri mereka dan daya tahan yang dibina dalam situasi sukar ini akan membantu mereka menghadapi cabaran kehidupan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berharap agar semua graduan berani mengejar impian dan mencapai kejayaan dalam perjalanan hidup yang seterusnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keputusan UP-DLP SK Nanga Gayau baik namun perlu dipertingkat
Next: Lions International perkukuh pendidikan luar bandar Thailand, sumbangan rentas sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.