Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis berbuka puasa perkukuh perpaduan masyarakat
  • WILAYAH

Majlis berbuka puasa perkukuh perpaduan masyarakat

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK ALBUM… Kevin Lau (tengah) merakam kenangan bersama penduduk yang hadir pada majlis Berbuka Puasa Ramadan 2026 anjuran SUPP Cawangan Bawang Assan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Parah di Surau Husnul Khatimah, Kampung Selalo semalam.

SIBU: Penganjuran majlis berbuka puasa bersama berperanan sebagai platform untuk merapatkan hubungan serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Menurut Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau, program seumpama itu menjadi medan bagi masyarakat berkumpul, berinteraksi dan merapatkan hubungan sesama komuniti.

“Melalui majlis seperti ini kita dapat duduk bersama, berbuka puasa dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Ramadan 2026 anjuran SUPP Cawangan Bawang Assan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Parah di Surau Husnul Khatimah, Kampung Selalo di sini, semalam.

Menurutnya, Ramadan bukan sahaja masa untuk menunaikan ibadah puasa, malah menjadi peluang terbaik untuk memupuk kesabaran serta meningkatkan keprihatinan terhadap orang lain.

“Selain itu, bulan yang mulia ini juga mengajar kita untuk berkongsi rezeki dan terus mengambil berat antara satu sama lain dalam masyarakat,” katanya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 penduduk setempat serta pemimpin komuniti yang bersama-sama berbuka puasa dalam suasana penuh muhibah.

Pada majlis itu, Lau turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak serta hadirin yang hadir.

Turut hadir Pengerusi JKKK Sungai Parah, Kapitan Ting Siew Kiew.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 98 asnaf diraikan pada majlis Iftar Perdana TBS Miri
Next: Lebih 100 hadir meriahkan program Sinar Ramadan di Dataran Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.