Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis berbuka puasa Kampung Kaba eratkan silaturahim, santuni asnaf
  • Selatan
  • WILAYAH

Majlis berbuka puasa Kampung Kaba eratkan silaturahim, santuni asnaf

Utusan Sarawak 15 hours ago
MAJLIS berbuka puasa anjuran Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba berlangsung meriah dekat sini semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Majlis berbuka puasa anjuran Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk setempat serta wakil pemimpin masyarakat, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri tidak dapat hadir, namun beliau diwakili oleh Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad bagi memeriahkan program berkenaan.

Majlis tersebut bukan sahaja menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim, malah turut diisi dengan aktiviti kebajikan melalui penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf.

MAJLIS berbuka puasa anjuran Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba berlangsung meriah dekat sini semalam. Foto: ADUN Kalaka

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Gapor Ahmad bagi pihak ADUN Kalaka kepada para penerima sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Dalam masa sama, penghargaan turut dizahirkan kepada Pemanca Lim Guan Ann yang menyumbangkan sebanyak 30 bakul makanan kepada 30 penerima dalam kalangan asnaf di Kampung Kaba.

Ketua Kaum Kampung Kaba, Ahmad Diwi Deli memaklumkan bahawa kanak-kanak yang aktif menyertai program tadarus sepanjang Ramadan di Masjid Cahaya Islam turut menerima hadiah saguhati sebagai galakan.

MAJLIS berbuka puasa anjuran Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba berlangsung meriah dekat sini semalam. Foto: ADUN Kalaka

Menurut beliau, inisiatif tersebut bertujuan memupuk semangat cintakan al-Quran dalam kalangan generasi muda di samping mengimarahkan Ramadan.

Program yang dikenali sebagai ‘Bukak Poso Kampung Kaba 1447H/2026M’ itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang hadir memeriahkan suasana.

Majlis berakhir dengan jamuan iftar bersama semua tetamu, sekali gus memperlihatkan semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan komuniti Kampung Kaba.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ‘Lombak Colop’ meriahkan Malam Tujuh Likur Kampung Datuk Hilir Simanggang
Next: RM234,000 disalurkan kepada 15 PIBG dan persatuan di Parlimen Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.