Majlis berbuka di masjid jadi wadah rapatkan hubungan masyarakat

Facebook
WhatsApp
GEMBIRA… Suasana di halaman masjid yang meriah bersama sekumpulan kanak-kanak disaat menunggu waktu berbuka puasa tiba sempena Ramadan.

SUASANA di halaman masjid bertukar meriah apabila sekumpulan kanak-kanak kelihatan berlari dan bermain dengan penuh kegembiraan sementara menunggu waktu berbuka puasa tiba sempena Ramadan pada program Ziarah Masjid Nurul Yakin Kampung Muhibbah Ladang Tiga, petang semalam.

Gelak tawa mereka jelas menceriakan suasana petang itu, sekali gus menambahkan kemeriahan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh penduduk kampung.

Kanak-kanak yang hadir bukan sahaja teruja menunggu azan Maghrib, malah seronok dapat berkumpul dan bermain bersama rakan-rakan.

Pada masa yang sama, pelbagai hidangan kampung turut disediakan oleh penduduk setempat untuk dinikmati bersama.

Antara juadah yang dihidangkan termasuk lauk-pauk tradisional, kuih-muih serta minuman segar yang menambahkan lagi selera ketika berbuka.

GEMBIRA… Suasana di halaman masjid yang meriah bersama sekumpulan kanak-kanak disaat menunggu waktu berbuka puasa tiba sempena Ramadan.

Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus tersebut bukan sahaja menjadi ruang untuk menikmati hidangan bersama, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat sambil memupuk semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, menurut Setiausaha Persatuan Bugis Sarawak, Mustakim Suhaili berkata kehadiran Datuk Rosey Yunus dapat dilihat bahawa hubungan pemimpin antara rakyat berpisah tiada.

“Kehadirannya memberi impak yang baik kepada masyarakat dalam menyantuni perhubungan, ini yang kita alu-alukan. Dalam keadaan Sarawak yang penuh harmoni, pemimpin didekati rakyat disantuni,” jelasnya.

Oleh Adum Liu