Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Bandaraya Miri sita durian dijual tanpa kebenaran
  • Utara
  • WILAYAH

Majlis Bandaraya Miri sita durian dijual tanpa kebenaran

Utusan Sarawak 23 hours ago
PIHAK berkuasa tempatan menyita sebuah buah durian yang dijual tanpa kebenaran dalam operasi  dijalankan bermula Selasa lalu hingga hari ini di beberapa lokasi sekitar bandar raya Miri. 

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyita sejumlah besar buah durian yang dijual tanpa kebenaran dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan bermula Selasa lalu hingga hari ini di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan MBM, sitaan tersebut dibuat terhadap peniaga yang didapati menjalankan aktiviti jualan durian tanpa mematuhi peraturan serta undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang berkuat kuasa.

“Pihak majlis memaklumkan bahawa sebelum operasi sitaan dilaksanakan, amaran secara bertulis serta tindakan kompaun telah dikeluarkan lebih awal kepada para peniaga terlibat bagi memberi peluang kepada mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Langkah ini bertujuan mengelakkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil terhadap peniaga yang ingkar,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MBM turut menyediakan lokasi khas jualan durian di Pujut Corner sebagai inisiatif membantu peniaga menjalankan perniagaan secara teratur, selamat dan sah.

Namun begitu, masih terdapat peniaga yang gagal memberikan kerjasama dengan terus berniaga di lokasi yang tidak dibenarkan.

Sehubungan itu, MBM menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan, selain menjaga keselamatan pengguna, kebersihan persekitaran dan kelancaran lalu lintas di bandar raya ini.

MBM turut menggesa semua peniaga durian supaya memberi kerjasama sepenuhnya, mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan hanya menjalankan perniagaan di lokasi yang dibenarkan demi kepentingan bersama serta kesejahteraan bandar raya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Majlis Pemuafakatan KPM–IPD Limbang fokus hentikan buli, gangguan seksual
Next: Pencegahan jenayah tanggungjawab bersama, IPD Saratok perkukuh kerjasama dengan komuniti Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.