Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Majlis Anugerah Pengarah saring bakat mahasiswa wakili UPMS ke peringkat lebih tinggi
  • PENDIDIKAN

Majlis Anugerah Pengarah saring bakat mahasiswa wakili UPMS ke peringkat lebih tinggi

Utusan Sarawak 5 hours ago
 WARGA UPMS bergambar kenangan bersama penerima anugerah pada MAPUPMS Sesi Akademik 2025/2026 di Bintulu.

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) memperkenal Majlis Anugerah Pengarah Universiti Putra Malaysia Sarawak (MAPUPMS) sebagai platform mengenal pasti dan menyaring mahasiswa berpotensi tinggi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Menurut kenyataan UPMS, penganjuran bagi Sesi Akademik 2025/2026 itu bukan sahaja mengiktiraf pencapaian pelajar, malah menjadi medan pemilihan calon terbaik bagi mewakili universiti dalam Anugerah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL) UPMS, Mohamad Syukri Mohamad Adnan berkata, sebanyak 15 kategori anugerah dipertandingkan melibatkan pelbagai kluster pembangunan mahasiswa.

“Penganjuran anugerah ini membolehkan PPL UPMS mengenal pasti calon berprestasi tinggi bagi mewakili universiti dalam Anugerah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam majlis berkenaan yang berlangsung di Restoran Dinnerworld di sini, baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan Pengarah UPMS, Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini yang menyifatkan usaha itu sebagai langkah strategik dalam membangunkan bakat mahasiswa secara menyeluruh.

Beliau berkata, mahasiswa yang aktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang mampu menjadi aset penting dalam meningkatkan reputasi universiti.

ANTARA penerima anugerah yang diraikan pada MAPUPMS Sesi Akademik 2025/2026.

Sementara itu, Pengarah Program MAPUPMS, Arif Ibrahim berkata, pemilihan pemenang dibuat berdasarkan penilaian komprehensif meliputi aspek akademik, kepimpinan, penglibatan aktif serta sumbangan kepada komuniti

Dalam majlis itu, Sarah Hanani Ahmad Fikri muncul sebagai penerima utama apabila memenangi dua kategori sebelum dinobatkan sebagai Ikon Siswa UPMS.

Bagi kategori berkumpulan, Kelab Santi D’Wangsa Putra diumumkan sebagai organisasi pelajar terbaik, manakala Program Citra Tari Nusantara 2026 menerima Anugerah Program Terbaik.

Majlis turut melibatkan penyampaian anugerah merangkumi kluster kepimpinan pelajar, pembangunan sosial, akademik dan intelektual serta kesukarelawanan.

Penganjuran MAPUPMS itu dilihat sebagai inisiatif berterusan UPMS dalam melahirkan mahasiswa berdaya saing yang mampu membawa nama universiti ke peringkat lebih tinggi.

Continue Reading

Previous: UPMS lancar program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui, sokong agenda Tenaga Hijau Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.