Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Bandar Bintangor 2025 rai kejayaan akademik dan sahsiah
  • PENDIDIKAN

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Bandar Bintangor 2025 rai kejayaan akademik dan sahsiah

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNTUK ALBUM……ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama warga SMK Bandar Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik, malah turut merangkumi pembentukan sahsiah dan kepimpinan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, kejayaan yang dicapai mencerminkan wajah sebenar para pelajar yang tekun, berbakat, berkeyakinan serta tidak mudah mengalah.

“Hari ini merupakan hari istimewa yang menandakan hasil titik peluh, dedikasi dan ketabahan para pelajar.

“Kejayaan yang diraikan bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan akademik, tetapi juga sahsiah, kokurikulum, kepimpinan dan bakat yang pelbagai,” katanya ketika berucap di majlis anugerah kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor, semalam.

Katanya, ia adalah hasil bimbingan berterusan para pendidik dan sokongan padu ibu bapa.

UCAPAN….Datuk Ding Kuong Hiing berucap di majlis kecemerlangan pelajar SMK Bandar Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Setinggi penghargaan kepada para guru yang menjadi sebagai tulang belakang kecemerlangan sekolah.

“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing, menegur, menyokong, memahami dan membentuk insan.

“Jasa guru tidak dapat dibalas dengan harta, namun kekal dikenang dalam setiap kejayaan anak didik,” katanya.

Dalam pada itu, Koung Hiing menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa yang disifatkan sebagai faktor utama kejayaan pendidikan melalui pengorbanan masa, tenaga dan kewangan, selain doa serta sokongan berterusan terhadap kesejahteraan dan masa depan anak-anak mereka.

Beliau turut menekankan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai rakan strategik sekolah dalam membantu keperluan kemudahan, aktiviti dan kesejahteraan murid, sambil berharap kerjasama itu terus diperkasa bagi memastikan sekolah kekal sebagai persekitaran yang selamat, inklusif dan sejahtera.

“Dunia hari ini menuntut keberanian, kreativiti dan daya tahan yang tinggi…kejayaan bukan milik mereka yang paling bijak, sebaliknya milik mereka yang mempunyai semangat yang kuat dan usaha berterusan.

“Saya yakin SMK Bandar Bintangor akan terus maju dalam memperkukuh program keilmuan, memperluas kokurikulum serta memperkaya pembangunan sahsiah.

“Kita mahu pelajar bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berintegriti, berempati dan gigih,” katanya lagi.

Di majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan 12 unit projektor LCD untuk kegunaan Dewan Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam sebelum sesi persekolahan baharu, selain penyaluran geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 bagi menyokong aktiviti tahunan sekolah bagi 2025.

Turut hadir, Pengetua SMK Bandar Bintangor, Leo Matthias Kamandan; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Perancangan Sekolah, Nasaruddin Ibrahim; Inspektor ASP Balie Jelian dari Bahagian Siasatan Data Bank dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dan Naib Pengerusi PIBG SMK Bandar Bintangor, Gapor Sebli.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: SJK(C) Kiang Hin mantapkan pendidikan bijak, murid raih pencapaian cemerlang
Next: WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 masuki fasa penentu perebutan Anugerah Tangan Emas Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.