Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Aidilfitri Samarahan meriah, santuni asnaf
  • TEMPATAN

Majlis Aidilfitri Samarahan meriah, santuni asnaf

Utusan Sarawak 9 hours ago
KENANGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (empat, kiri), Datuk Rubiah Wang (empat, kanan), Dato Idris Buang (dua, kiri) serta tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama pengunjung pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Samarahan 2026, hari ini. Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Seramai 20 keluarga asnaf menerima duit Raya dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Samarahan 2026 sebagai usaha membantu meringankan beban kewangan mereka dalam menyambut perayaan.

Majlis yang berlangsung meriah itu menyaksikan kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama sekali gus mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat setempat.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang.

SIMBOLIK… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik perasmian dengan memotong pulut kuning pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Samarahan 2026, hari ini. Foto Norman B

Sumbangan tersebut diharap dapat menceriakan penerima, di samping menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat setempat, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam komuniti berbilang kaum.

Para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Aidilfitri seperti lemang, ketupat dan rendang yang menambahkan lagi kemeriahan suasana rumah terbuka tersebut.

Penganjuran majlis seumpama ini dilihat mampu memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh hubungan antara masyarakat pelbagai latar belakang di kawasan Samarahan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cuaca panas: Marudi berada pada Tahap 1, penduduk diminta berjaga-jaga
Next: 110 penjawat awam Limbang terima Pingat Perkhidmatan Setia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.