Majang santuni mangsa banjir di Bintulu

Facebook
WhatsApp
LAWAT… Dato Majang Renggi bersama pegawai-pegawai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bintulu melawat kawasan Kidurong Avenue untuk menilai keadaan semasa banjir.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Dato Majang Renggi, turun padang hari ini bagi menyantuni penduduk yang terjejas akibat banjir di Bintulu.

Walaupun berada di Kuching untuk tugas rasmi, beliau segera kembali ke Bintulu melalui jalan darat dan tiba sekitar 11.00 malam semalam.

Beliau meluangkan masa untuk mendengar rintihan penduduk serta melahirkan rasa dukacita terhadap kesulitan yang dihadapi.

TINJAU… Dato Majang Renggi meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Pusat Sukan BDA Kidurong.

Dalam pada itu, Majang turut mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Sukan BDA Kidurong bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang sedang berlindung di sana.

Beliau juga memantau keadaan banjir di Kidurong Avenue dan memastikan bantuan terus diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah pegawai-pegawai dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bintulu.
Oleh Carolyne Utih