PEMILIKAN Kepulauan Chagos telah menjadi isu perbalahan antara Britain dan Mauritius. • Foto AFP
PORT LOUIS, Mauritius: Mauritius dilaporkan meminta enjin carian Google untuk menerangkan bahawa Kepulauan Chagos sebagai sebahagian daripada wilayahnya di tengah-tengah perbalahan dengan Britain, lapor AFP.
Isi pemilikan pulau mencetuskan sengketa antara Britain dan Mauritius.
Awal bulan ini, pihak berkuasa Mauritius telah menaikkan bendera negara itu di Pulau Peros Banhos setelah Duta Mauritius ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jagdish Koonjul berkata, negaranya telah menebus semula pulau berkenaan dari Britain.
Selepas bendera dinaikkan, Perdana Menteri, Pravind Jugnauth dilaporkan berkata bahawa ia merupakaan saat penuh emosi buat Mauritius.
Kerajaan Britain mengatakan ia mempunyai kedaulatan ke atas pulau itu.
Jugnauth berkata, lawatan kapal penyelidikan itu ke kepulauan tuntutan bertindih Chagos adalah ‘bersejarah’ dan Mauritius tidak perlu meminta kebenaran daripada Britain atau Amerika Syarikat (AS).
Jugnauth enuduh kerajaan Britain tidak mematuhi undang-undang antarbangsa.
Bagaimanapun, kerjaan Britain berkata, pihaknya telah memegang kedaulatan ke atas rantau itu sejak 1814 sambil menolak tuntutan kerajaan Mauritius ke atas pulau berkenaan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2019 telah menyokong Mauritius sambil mengisytiharkan bahawa Britain harus menyerahkan pulau tersebut. – AFP