Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mahmudin Narudin menerajui BBP Bintangor menggantikan Nicholas Belulin
  • Tengah
  • WILAYAH

Mahmudin Narudin menerajui BBP Bintangor menggantikan Nicholas Belulin

Utusan Sarawak 6 months ago

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor telah mengadakan Hari Keluarga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor 2024. 

Ketua BBP Bintangor, Nicholas Belulin berkata, program tersebut diadakan bermula 8.00 pagi, semalam. 

“Pelbagai pengisian aktiviti dijalankan sepanjang program ini. 

“Antaranya adalah senamrobik bersama jemputan Kelab Zumba Bintangor, sukaneka keluarga dan penyampaian hadiah. 

“Hadir sama ialah Ketua Zon 4, Ts. Andy Alie bersama keluarga beliau,” katanya. 

Nicholas berkata demikian ketika dihubungi, malam tadi. 

Dalam pada itu, katanya, berkuat kuasa 9 Disember 2024 (esok), beliau akan memulakan tugas di BBP Mukah. 

“Tempat saya di BBP Bintangor akan diisi oleh Ketua BBP Sarikei, Mahmudin Narudin. 

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Residen Sarikei Datu Michael Ronnie Langgong, Timbalan Residen Sarikei Badjuri Bidin, Pegawai Daerah Sarikei Louis Yeo Soon Guan, Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Pegawai Daerah Julau Minggu Jampong dan Pegawai Daerah Pakan Mohd Irwan Abdullah @ William Manggoi.

“Terima kasih juga kepada semua ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Sarawak, ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Daerah Meradong, Julau dan Pakan,” katanya. 

Nicholas mula bertugas sebagai Ketua BBP Bintangor pada 1 Februari 2015 dan hari ini, merupakan hari terakhir beliau bertugas di BBP Bintangor. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dataran Kapit bakal dibina berdekatan Kubu Sylvia
Next: Persatuan Melanau perlu penglibatan semua peringkat untuk terus aktif, berkembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.