Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah Tinggi tolak permohonan ibu Zayn Rayyan tangguh hukuman penjara
  • MAHKAMAH

Mahkamah Tinggi tolak permohonan ibu Zayn Rayyan tangguh hukuman penjara

Utusan Sarawak 5 hours ago
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas. Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan khas yang membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dalam kes berkenaan. Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan khas yang membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dalam kes berkenaan.

“Setelah meneliti afidavit pemohon dan responden, juga hujahan bertulis kedua-dua pihak dan mendengar hujahan lisan, mahkamah membuat keputusan bahawa permohonan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman ini ditolak kerana mahkamah dapati tiada apa-apa keadaan khas untuk membenarkan (permohonan),” katanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali dan Ahmad Iqbal Azman manakala pembelaan diwakili peguam Haresh Mahadevan yang dibantu oleh Ramzani Idris serta Lavanesh Haresh.

Ismanira, 30, memfailkan permohonan itu pada 19 November lepas.

Pada 31 Oktober lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira selepas wanita itu didapati bersalah mengabaikan anaknya yang juga adalah kanak-kanak autistik sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara bermula 31 Oktober lepas, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.

‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pemilik premis vape didenda RM3,000 taja kejohanan futsal
Next: 13 individu terlibat penyalahgunaan dadah didakwa di Mahkamah Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.