Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah tinggi putuskan tuntutan jaminan bank Petronas sah
  • MAHKAMAH

Mahkamah tinggi putuskan tuntutan jaminan bank Petronas sah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENASIHAT Undang-Undang Sarawak, Datuk Sri JC Fong. Foto Norman B

PETRA JAYA: Mahkamah Tinggi Kuching hari ini memutuskan tuntutan jaminan bank berjumlah RM7.95 juta oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terhadap Petroleum Sarawak Berhad (Petros) adalah sah dan berkuat kuasa.

Datuk Sri JC Fong yang juga Penasihat Undang-Undang Sarawak menjelaskan keputusan Mahkamah Tinggi adalah bersifat komersial semata-mata dan tidak menyentuh isu perlembagaan. 

Tambahnya, isu perlembagaan akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, dengan prosiding dijangka bermula 16 Mac 2026 melalui permohonan kebenaran.

Hakim, Datuk Faridz Gohim Abdullah, menegaskan jaminan bank berkenaan boleh dituntut bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada sebarang syarat, membolehkan tuntutan dibuat melalui permintaan bertulis.

DATUK Cyrus Das yang mewakili Petronas. Foto Norman B

Mahkamah juga menegaskan wang jaminan bank itu telah diterima dan digunakan, justeru permohonan perintah larangan oleh Petros untuk menghalang tuntutan itu tidak lagi sesuai dilaksanakan.

Sementara itu, peguam Datuk Cyrus Das yang mewakili Petronas berkata Petros gagal membuktikan tuntutan jaminan bank itu bersifat tidak berpatutan atau menyalahi undang-undang. “Mahkamah telah mengesahkan hak Petronas untuk menuntut jaminan tersebut,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Petros membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Petronas.

Keputusan ini menamatkan pertikaian komersial antara kedua-dua syarikat, namun isu perlembagaan berkaitan hak Sarawak dalam industri minyak dan gas masih menunggu penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Oleh Norman B

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Rayuan kes projek solar Rosmah ditangguh, mahkamah tetap 3 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.