Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mahkamah Rayuan benarkan Rosmah simpan passport selama tiga bulan
  • TEMPATAN

Mahkamah Rayuan benarkan Rosmah simpan passport selama tiga bulan

Utusan Sarawak 10 hours ago
MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk melanjutkan tempoh pelepasan pasportnya selama tiga bulan bagi membolehkannya melawat anak perempuannya di Singapura. Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk melanjutkan tempoh pelepasan pasportnya selama tiga bulan bagi membolehkannya melawat anak perempuannya di Singapura.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah bersama-sama Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membenarkan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menyimpan pasportnya sehingga akhir Januari tahun depan.

Permohonan itu dikemukakan peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader di hadapan mahkamah hari ini dan permohonan itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha yang mewakili pihak pendakwaan.

Selepas prosiding, Akberdin memaklumkan kepada media bahawa permohonan lanjutan itu dibuat bagi membolehkan Rosmah menziarahi anak perempuannya yang melahirkan anak keempat awal tahun ini.

Akberdin menambah bahawa Rosmah perlu memulangkan semula pasport berkenaan kepada mahkamah pada 31 Januari tahun depan.

Mahkamah sebelum ini membenarkan Rosmah menyimpan pasportnya bermula 24 Julai tahun ini hingga hari ini.

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi mendapati Rosmah, 73, bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah di Sarawak.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang diperintah berjalan serentak, menjadikan tempoh keseluruhan penjara 10 tahun, serta denda RM970 juta, dengan 30 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda berkenaan sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan, yang dijadualkan untuk pengurusan kes pada 3 November ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: DBKU, MBKS ganti sistem kupon dengan letak kereta pintar mulai esok
Next: Sultan Pahang kembali ke Sarawak selepas Kembara Borneo 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.