Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah perintah reman lanjutan terhadap pasangan dalang sindiket dadah
  • MAHKAMAH

Mahkamah perintah reman lanjutan terhadap pasangan dalang sindiket dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK dibawa keluar dari bilik mahkamah hari ini.

SIBU: Sepasang suami isteri yang ditahan kerana disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah di sini baru-baru ini, diperintahkan ditahan reman lanjutan selama empat dan tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Oon Kork Chern membenarkan suspek lelaki berusia 52 tahun ditahan reman lanjut tujuh hari sementara empat hari terhadap suspek wanita yang berumur 44 tahun, setelah tahanan reman selama tujuh hari terhadap kedua-dua suspek bermula 13 Jun lepas berakhir hari ini.

Terdahulu pegawai penyiasat kes, Inspektor Aminur Rizwan Saiful Bahari memohon kepada mahkamah agar kedua-dua suspek ditahan reman lanjut tujuh hari bagi membantu siasatan.

Mahkamah turut memerintahkan suspek wanita yang diwakili peguam Darren Ling dihadapkan semula di mahkamah pada 24 Jun sementara suspek lelaki yang tidak diwakili peguam pada 27 Jun ini.

Mengikut laporan sebelum ini, pada 12 dan 13 Jun lepas, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sibu telah melakukan serbuan di tepi sebuah kedai di Pusat Pedada dan di dua rumah teres di Lorong Permai Jaya.

Pihak polis turut menangkap sepasang suami isteri yang membawa kepada penemuan dadah bernilai RM532,934.40, terdiri daripada 7,086.7 gram Syabu, 2,078.9 gram Ketamin dan 2,022.6 gram Erimin 5.

Turut dirampas daripada sindiket ini ialah wang tunai RM5,157,450, empat jongkong emas, dua utas rantai emas, dua utas jam tangan Rolex serta tiga kenderaan. Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM8,530,384.40.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah dalang utama sindiket pengedaran dadah di Sibu yang menjalankan kegiatan mereka sejak 2015. Sindiket ini memperolehi bekalan dadah dari Semenanjung Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan tidak kurang 12 sebatan, jika dsabitkan kesalahan.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Najib dilepas tanpa dibebas kes SRC RM27 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.