Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mahkamah Mukah rasmi beroperasi, kemudahan moden tingkat kecekapan sistem kehakiman
  • TEMPATAN

Mahkamah Mukah rasmi beroperasi, kemudahan moden tingkat kecekapan sistem kehakiman

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersama yang lain merakam kenangan dihadapan bangunan baharu Mahkamah Mukah, hari ini.

MUKAH: Sistem perundangan di wilayah tengah Sarawak terus diperkukuh dengan perasmian rasmi bangunan baharu Mahkamah Mukah oleh Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, hari ini.

Penubuhan mahkamah berkenaan dilihat sebagai langkah penting dalam mempertingkatkan akses kepada keadilan, khususnya bagi penduduk di Bahagian Mukah yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan Mahkamah Litar di bawah seliaan Sibu dan Bintulu.

Menurut pihak Mahkamah Mukah, operasi di bangunan baharu itu menyediakan kemudahan lebih moden dan kondusif, sekali gus menyokong kelancaran prosiding serta meningkatkan pengalaman pengguna.

“Kewujudan mahkamah ini mencerminkan komitmen berterusan badan kehakiman dalam memastikan akses keadilan yang lebih efisien kepada masyarakat setempat,” katanya semasa sesi taklimat.

Mahkamah Mukah sebelum ini beroperasi secara berkala dengan kehadiran hakim dan majistret mengikut jadual, sebelum melalui proses pemindahan operasi pada Jun 2025 susulan arahan pengosongan bangunan lama.

Ia kemudian kembali beroperasi secara berperingkat di lokasi baharu pada awal tahun ini.

Tambahnya, kemudahan baharu seperti bilik bicara yang lengkap, ruang menunggu yang selesa serta akses terus dari lokap ke kandang tertuduh dijangka dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan pengendalian kes.

Dalam pada itu, Mahkamah Mukah turut merekodkan peningkatan pendaftaran kes sivil di Mahkamah Majistret dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, daripada 103 kes pada 2023 kepada 121 kes pada 2025.

Bagi kes jenayah pula, jumlah pendaftaran menunjukkan trend stabil dengan 90 kes pada 2023, meningkat kepada 91 kes pada 2024 dan kekal pada 91 kes pada 2025.

“Sehingga 31 Mac 2026, Mahkamah Sesyen Mukah merekodkan lima kes jenayah dan 23 kes sivil masih dalam tindakan,” katanya.

Di samping itu, lawatan kerja Ketua Hakim Negara tersebut turut membuka ruang kepada pihak pengurusan mahkamah membentangkan perkembangan semasa operasi serta keperluan masa hadapan bagi memperkukuh sistem kehakiman di Bahagian Mukah.

Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Azizah Nawawi; Hakim Besar Malaya, Hashim Hamzah; Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Amelati Parnell; Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sibu, Alvin Leong Yin Yuan; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Azhaniz Teh Azman Teh; Timbalan Residen Mukah, Shafrie Saili serta Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Fasa 2 Dewan Terbuka SK Sungai Stutong BDC disasarkan siap 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.