Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ‘Mahkamah media sosial’ cabaran terhadap integriti siasatan SPRM
  • SEMASA

‘Mahkamah media sosial’ cabaran terhadap integriti siasatan SPRM

Utusan Sarawak 3 hours ago
LOGO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

GENTING HIGHLANDS: Pengaruh media sosial yang membentuk persepsi dan menjatuhkan hukuman awal sebelum siasatan selesai kini menjadi cabaran paling besar terhadap integriti siasatan rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Beliau berkata dalam era digital, dakwaan dan tuduhan boleh tular dalam beberapa minit tanpa semakan fakta, sekali gus mewujudkan ‘mahkamah media sosial’ yang menghakimi agensi penguatkuasaan walaupun siasatan masih di peringkat pengumpulan bukti.

“Jika tidak bertindak segera, dituduh melindungi pihak tertentu. Jika mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang, dilabel pula sebagai bertindak secara terpilih atau bermotif politik.

“Hakikatnya, setiap tindakan SPRM berasaskan bukti, undang-undang dan prosedur. Kami tidak bertindak atas tekanan media sosial, sentimen awam atau kepentingan mana-mana pihak,” katanya ketika berucap pada program Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Usaha Memerangi Rasuah di sini hari ini.

Beliau berkata perkara tersebut mendatangkan cabaran kepada pihaknya dalam melaksanakan siasatan yang memerlukan  elemen kejutan dan kerahsiaan, khususnya dalam kes rasuah yang bersifat kompleks dan melibatkan kepentingan bersama. 

Ahmad Khusairi berkata tanpa kerahsiaan suspek mempunyai ruang untuk melarikan diri, bersepakat dengan sekutu atau melupuskan bahan bukti termasuk memusnahkannya.

“Dalam siasatan rasuah, kedua-dua pihak lazimnya mendapat manfaat. Ia bukan seperti jenayah lain yang mempunyai mangsa jelas. Justeru, siasatan memerlukan penelitian menyeluruh termasuk analisis kewangan, penelitian harta, rangkaian hubungan dan proses ‘profiling’ yang terperinci,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kewartawanan penyiasatan yang beretika dan berasaskan dokumen sahih telah banyak membantu mendedahkan salah guna kuasa serta ketirisan, malah dalam beberapa keadaan menjadi pencetus kepada siasatan rasmi SPRM.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa pelaporan tergesa-gesa yang tidak lengkap atau bersumberkan pihak tidak dikenali boleh menjejaskan reputasi individu, mengganggu siasatan dan merencatkan proses keadilan.

Ahmad Khusairi berkata SPRM menghargai setiap aduan dan laporan yang diterima kerana ia mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap institusi berkenaan.

“Selagi rakyat tampil membuat aduan, itu tanda keyakinan masih ada. Tanggungjawab kami adalah memastikan setiap maklumat dinilai secara profesional dan setiap tindakan diambil berasaskan fakta serta undang-undang,” katanya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KBS perkasa pembangunan belia, sukan di luar bandar Sabah, Sarawak
Next: Geran khas: Sarawak mahu formula lebih adil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.